Saturday, September 23, 2006

Laporan Polis Terhadap Penyalahgunaan Wang Rakyat Untuk Menaja Calon-calon Pilihanraya Kampus UM

Nama: Lau Weng San
No Kad Pengenalan: 78XXXX-XX-XXXX
Jantina: Lelaki
Alamat: No: 24, Jalan 20/9, Taman Paramount, 46300 Petaling Jaya.
Jawatan: Setiausaha Publisiti DAP Selangor.

Saya dengan nama di atas, ingin membuat satu laporan polis bahawa saya meminta pihak polis untuk memulakan siasatan terhadap kejadian penyalahgunaan wang pembayar-pembayar cukai negeri Selangor oleh YB Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo untuk menaja dan
memberi ganjaran kepada mahasiswa-mahasiswi yang menjadi calon pro-kerajaan dalam pilihanraya kampus Universiti Malaya sessi 2006/2007.

Mengikut laporan media elektronik Malaysiakini yang bertarikh 19hb September 2006, saya difahamkan bahawa terdapat seramai 42 mahasiswa-mahasisiwi menginap di sebuah hotel empat bintang di Petaling Jaya minggu lalu, iaitu Hotel Crystal Crown sebagai sebahagian daripada tanda terima kasih daripada kerajaan.

Mahasiswa-mahasisiwi dari Universiti Malaya (UM) ini menjadi calon pro-kerajaan dalam pilihanraya kampus yang akan berlangsung pada 21hb September 2006 ini.

Laporan itu juga menyatakan bahawa pejabat YB Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir
Toyo, telah menjelaskan bil yang berjumlah lebih daripada RM5,000, atau dalam perkataan lain, wang ini adalah wang rakyat. Mereka menginap di 32 bilik – termasuk beberapa bilik eksekutif yang terletak di tingkat tertinggi hotel tersebut – yang turut ditempah. Selain daripada menginap di hotel tersebut, mereka juga kemudiannya menjamu selera di restoran hotel tersebut.

Pada 20hb September 2006, saya telah mengeluarkan satu kenyataan media bahawa Datuk Seri Khir Toyo mesti memperjelaskan sama ada beliau telah menyalahguna wang pembayar cukai untuk memberi ganjaran kepada calon-calon pro-kerajaan dalam pilihanraya kampus UM. Walau bagaimanapun, YB Menteri Besar belum lagi menjawab tuduhan yang dilemparkan kepada beliau ini.

Biarpun wang sebanyak RM5000 ini bukanlah jumlah yang besar tetapi soalannya bukan pada amaunnya. Ini adalah kerana Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo pernah terbelenggu dengan banyak skandal dan malpractices dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor sebelum ini.

Saya berpendapat tuduhan ini merupakan satu tuduhan yang cukup serious sehingga ianya boleh menjejaskan martabat dan maruah negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang terulung kali mengiystiharkan dirinya sendiri sebagai negeri maju di Malaysia. Sesebuah negeri yang dikatakan maju harus menjunjung nilai-nilai pentadbiran baik dan beramanah. Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Khir Toyo memang selalu dibelenggu dengan masalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Keadaan bertambah perik dengan berlakunya skandal penglibatan politik wang oleh Pejabat Menteri Besar Selangor dalam pilihanraya kampus UM.

Dengan berasaskan prinsip-prinsip pentadbiran baik dan beramanah juga, saya meminta campur tangan daripada pihak polis untuk memulakan siasatan ini memandangkan YB Menteri Besar masih enggan untuk tampil ke hadapan demi memperjelaskan tuduhan ini.

Sekian laporan saya

Lau Weng San

No comments: