Thursday, September 21, 2006

Penginapan hotel untuk pro-aspirasi - Khir Toyo perlu jelaskan

Mengikut laporan Malaysiakini yang bertarikh 19hb September 2006, 42 orang mahasiswa menginap di Hotel Crystal Crown, sebuah hotel empat bintang di Petaling Jaya minggu lalu sebagai sebahagian daripada tanda terima kasih daripada kerajaan. Mereka ini merupakan mahasiswa-mahasiswi dari Universiti Malaya (UM) ini menjadi calon pro-kerajaan dalam pilihanraya kampus yang akan berlangsung Khamis ini.

Laporan juga menunjukkan bahawa bil yang mencecah RM5000 ini dibayar oleh Pejabat Menteri Besar Negeri Selangor, Datuk Seri Khir Toyo. Ini juga bermakna bahawa bil ini dijelaskan dengan menggunakan wang pembayar-pembayar cukai.

DAP Selangor amat terperanjat dengan laporan ini dan jikalau laporan ini benar maka ianya menunjukkan bahawa wang politk UMNO sudah meresap ke dalam kampus IPTA-IPTA tempatan.

Apa yang lebih memeranjatkan kita ialah bahawa bil ini dibayar oleh Pejabat Datuk Seri Khir Toyo. Ini menunjukkan bahawa kos penginapan dan makanan kesemua 42 orang calon ini ditanggung dengan oleh wang rakyat.


Biarpun wang sebanyak RM5000 ini bukanlah jumlah yang besar tetapi soalannya bukan pada amaunnya. Ini adalah kerana Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo pernah terbelenggu dengan banyak skandal dan malpractices dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor sebelum ini, dengan berbekalkan pengetahuan ini, Khir Toyo sekali lagi terjerumus dengan politik wang di pilihanraya kampus, sekaligus menunjukkan bahawa Khir Toyo tidak sesuai lagi untuk memimpim kerajaan negeri Selangor.

Oleh kerana ini merupakan satu tuduhan yang cukup serious, dan dengan berdasarkan prinsip pentadbiran baik dan beramanah, kami menyeru supaya Menteri Besar dapat memperjelaskan perkara ini dengan sejelas-jelasnya iaitu:
1. sama ada Menteri Besar pernah terlibat dengan skandal ini, iaitu membayar bil penginapan dan makanan calon-calon ini?
2. mengapakah Pejabat Menteri Besar Selangor boleh terlibat dalam kes ini?
3. apakah jumlah bayaran yang dibayar oleh Pejabat Menteri Besar Selangor?
4. sama ada Pejabat Menteri Besar Selangor menganjurkan aktiviti-aktiviti yang lain untuk kumpulan pelajar ini?

Kami menyerus supaya Khir Toyo boleh memperjelaskan perkara ini secepat mungkin dan kami tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis jikalau Menteri Besar gagal untuk memperjelaskan perkara ini.

No comments: