Pembebasan YB Kota Alam Shah daripada tahanan ISA
Sehingga hari ini, kerusi untuk ADUN Kota Alam Shah masih lagi kosong. Rakyat seluruh Malaysia terkejut pada 13 Disember 2007 apabila kelima-lima orang aktivis Hindraf iaitu, P. Uthayakumar, V. Ganabatirau, R. Kenghadharan, T. Vasantha Kumar serta ahli Yang Berhormat Kota Alam Shah telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengikut Seksyen 8 akta berkenaan.
Kelima-lima orang ini merupakan para aktivis yang bergiat aktif dalam perjuangan untuk mengangkat martabat masyarakat kaum India yang selama ini ditekan dan ditindas oleh kerajaan BN.
Mengikut Seksyen 8 Akta ISA, kelima-lima tahanan ini akan terus dihantar ke Kem Tahanan Kamuntingdan ditahan di sana selama dua tahun di bawah arahan Menteri Keselamatan Dalam Negeri tanpa melalui siasatan Polis.
Ini merupakan kali pertama Seksyen 8 diguna untuk menahan seseorang. Sebelum itu, tahanan-tahanan biasanya akan ditahan di bawah Seksyen 73 di mana seseorang yang ditahan itu akan ditahan di bawah pemantauan PDRM selama 60 hari sebelum ditentukan sama ada sesoerang tahanan itu wajar terus ditahan di Kamunting.
Saya berpendapat penahanan kelima-lima orang aktivis Hindraf ini bukan sahaja tidak adil, malahan adalah tidak munasabah sama sekali, khususnya penahanan YB Kota Alam Shah, di mana seorang wakil rakyat telah dinafikan hak dan kebebasannya untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang wakil rakyat.
Saya ingin mengetengahkan beberapa sebab mengapa penahanan ini patut dikritik dan tahanan-tahanan perlu dibebaskan tanpa syarat dengan segera.
Sebab pertama: YB Kota Alam Shah telah menang dengan undi majoriti yang besar
Pada pilihanraya umum ke-12 yang baru-baru berlangsung, YB Kota Alam Shah telah menang dengan majoriti sebanyak 7,184 undi biarpun beliau masih ditahan di Kamunting di bawah ISA dan tidak dapat muncul untuk berkempen.
Kejayaan besar ini bukan sahaja satu kejayaan besar untuk DAP dan beliau sendiri, malahan ianya juga merupakan satu tamparan kepada kerajaan pusat bahawa ianya tidak boleh terus menahan mereka yang tidak bersalah tanpa perbicaraan melalui ISA.
YB Kota Alam Shah ditahan berikutan penglibatannya dalam ISA Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh YB Kota Alam Shah selama ini hanyalah untuk memperjuangkan hak asasi untuk golongan masyarakat India yang tertindas dan terpinggir dan ianya tidak mengancam keselamatan negara.
Oleh itu, YB Kota Alam Shah harus dilepaskan serta-merta agar beliau dapat mengangkat sumpah sebagai ADUN kelak dan menjalankan tugasnya dengan sempurna.
Dalam sejarah Malaysia, terdapat dua orang tahanan ISA yang pernah mengambil bahagian dalam pilihanraya umum dan berjaya memenanginya semasa masih ditahan di bawah ISA. Kedua-dua orang ini kebetulannya merupakan bekas Ahli Parlimen DAP iaitu Encik Chiang Heng Kai dan mendiang Chan Kok Kit.
Kedua-dua mereka telah ditahan di bawah ISA pada pertengahan 70-an atas tuduhan menyokong sentimen Komunis. Biarpun begitu, kedua-dua mereka masih bertanding di dalam pilihanraya umum pada tahun 1978 dan menang dengan majoriti yang lebih besar.
Dalam konteks ini, saya ingin menyarankan supaya YB Kota Alam Shah dibebaskan daripada penahanan ISA agar beliau dapat kembali berkhidmat untuk rakyat di kawasan Kota Alam Shah.
ADUN Kota Alam Shah tidak boleh ditahan secara berpanjangan di bawah ISA. Penahanannya secara tidak langsung telah menidakkan hak rakyat Kota Alam Shah untuk menyampaikan suara mereka ke dewan yang mulia ini.
Sebab kedua: Alasan penahanan YB Kota Alam Shah dan aktivis Hindraf lain terlalu lemah
YB Kota Alam Shah dan aktivis Hindraf selama ini telah terlibat dalam pelbagai aktiviti sah untuk memperjuangkan hak masyarakat India yang ditindas dan dipinggirkan selama ini.
Kita harus memahami bahawa apa yang diperjuangkan oleh kelima-lima orang tahanan ini adalah untuk membawa isu peminggiran masyarakat kaum India yang diabaikan selama ini.
Hakikatnya, kita telah lihat sekurang-kurangnya 30,000 orang menyertai tunjuk perasaan yang diadakan pada 25 Oktober 2007 yang lalu. Tunjuk perasaan ini yang disertai oleh rakan-rakan berketurunan India kita dari seluruh pelusuk negara telah membuktikan bahawa perjuangan mereka ini adalah berasas.
Malahan, Naib Ketua Pemuda Gerakan, S. Paranjothy dalam artikelnya yang bertajuk “Discrimination from Womb to Tomb” menyatakan bahawa 30,000 warganegara berketurunan India yang mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan tersebut kerana mereka telah lama dipinggirkan, ditindas dan tidak dipedulikan.
Rakyat India merupakan golongan yang tertindas di dalam struktur ekonomi Malaysia, seperti yang terbukti dalam beberapa petunjuk termasuk kemasukan universiti. Mereka dilayan seolah-olah mereka merupakan warga kelas keempat.
Di Pusat Penahanan Simpang Renggam, yang menempatkan kira-kira 1,600 orang tahanan, lebih seribu daripada mereka terlibat dengan penyalahgunaan dadah manakala 574 orang tahanan disyaki terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah.
Biarpun hanya lapan peratus daripada jumlah rakyat Malaysia ialah warga India, tetapi lebih daripada 48% daripada tahanan-tahanan di Pusat ini merupakan rakyat India, sekaligus menunjukkan bagaimana runcingnya masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat ini.
Sebab ketiga: ISA mencaburi prinsip hak asasi manusia
ISA merupakan punca segala bentuk undang-undang penindasan di negara ini, malaha ianya lebih berbisa jikalau dibandingkan dengan undang-undang zalim yang lain seperti OSA, APPP, Akta Polis dan Akta Hasutan. Untuk itu, ISA sepatutnya dimansuhkan kerana ianya sudah tidak sepadan dengan perlindungan hak asasi manusia.
ISA juga telah disalahgunakan sebagai satu instrumen oleh pemerintah untuk menekan suara pembangkang dan masyarakat madani untuk kepentingan politik mereka.
Dalam kebanyakan kes ISA, ianya telah digunakan oleh polis untuk menahan mereka yang disyaki mengugat kedudukan pemerintah biarpun pihak pemerintah masih tiada apa-apa bukti kukuh.
Terdapat banyak judul tulisan yang dihasilkan berkaitan dengan ISA. Antara yang terkenal tak lain tak bukan buku berjudul “Freedom under Executive Power in Malaysia” yang ditulis oleh Menteri Luar Negeri sekarang, iaitu Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim yang juga merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri dari tahun 1976 hingga 1978.
Beliau dalam buku itu telah menyifatkan bagaimana Menteri Dalam Negeri menandatangani arahan penahanan ISA secara automatik hanya bergantung kepada cadangan Polis tanpa menggunakan tanggungjawab mereka sebagai Menteri untuk mengesahkan keperluan untuk menahan seseorang itu di bawah ISA.
Beliau telah menulis bahawa:
Ahli Yang Berhormat dari Hulu Kelang pernah menulis siri lapan buku yang bertajuk “Suara Dari Kamunting” semasa beliau masih ditahan di bawah ISA pada tahun 2001. Ahli Yang Berhormat dari Kota Damansara juga merupakan seorang mangsa ISA di bawah Ops Lalang 1987.
ISA juga bertentangan dengan ajaran agama. Misalannya, ianya bercanggahan dengan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan seperti yang diterangkan dalam Al-Quran, iaitu ayat 58 Surah An-Nisa’, ayat 15 Surah As-Syura dan ayat 90 Surah An-Nahl.
Apa yang jelas, penahanan seseorang tanpa perbicaraan merupakan satu bentuk pencabulan hak asasi manusia yang patut dikutuk dan dikritik sekeras-kerasnya, khususnya dalam kes ini di mana seorang wakil rakyat telah dinafikan hak dan kebebasannya untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang wakil rakyat. Lebih-lebih lagi, seperti yang dimaklumkan dalam kenyataan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) pada hari ini, terdapat enam belas keluarga mangsa ISA yang telah dikenalpasti tinggal di Selangor.
Dengan itu, saya memohon supaya usul ini dipersetujui.
[Ucapan membawa usul di Dewan Undangan Negeri Selangor pada 26 Mei 2008 di Shah Alam]
“Bahawa Dewan ini menetap untuk mengkritik penahanan Y.B. Tuan M. Manoharan, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kota Alam Shah serta pemimpin-pemimpin Hindraf dan aktivis-aktivis sosial yang lain tanpa perbicaraan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan menyeru Kementerian Dalam Negeri membebaskan tahanan-tahanan ini.”

“That there are clear violations of human rights by invoking the ISA and other draconian legislation is an understatement. The misery that these executive laws have brought upon individuals have left a clear message: there is a state of confusion in the real, accepted meaning of the phrase ‘prejudicial to the security of Malaysia.’ The meaning of this phrase which is thematic in the ISA as well as under Articles 149 and 150 of the Constitution is systematically left to the discretion of the executive.” (p. 293-4)
Ahli Yang Berhormat dari Hulu Kelang pernah menulis siri lapan buku yang bertajuk “Suara Dari Kamunting” semasa beliau masih ditahan di bawah ISA pada tahun 2001. Ahli Yang Berhormat dari Kota Damansara juga merupakan seorang mangsa ISA di bawah Ops Lalang 1987.
ISA juga bertentangan dengan ajaran agama. Misalannya, ianya bercanggahan dengan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan seperti yang diterangkan dalam Al-Quran, iaitu ayat 58 Surah An-Nisa’, ayat 15 Surah As-Syura dan ayat 90 Surah An-Nahl.
Apa yang jelas, penahanan seseorang tanpa perbicaraan merupakan satu bentuk pencabulan hak asasi manusia yang patut dikutuk dan dikritik sekeras-kerasnya, khususnya dalam kes ini di mana seorang wakil rakyat telah dinafikan hak dan kebebasannya untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang wakil rakyat. Lebih-lebih lagi, seperti yang dimaklumkan dalam kenyataan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) pada hari ini, terdapat enam belas keluarga mangsa ISA yang telah dikenalpasti tinggal di Selangor.
Dengan itu, saya memohon supaya usul ini dipersetujui.
[Ucapan membawa usul di Dewan Undangan Negeri Selangor pada 26 Mei 2008 di Shah Alam]
No comments:
Post a Comment