Monday, February 23, 2009

After PKNS, now PNSB

I expect the MB office is going to come out with more details after finishing a thorough cleaning up of another state-owned investment arm, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

When MB initiated similar investigation one year ago on PKNS, the new state government discovered that more than 90% of the joint-venture contract between PKNS and private developers are lopsided agreements with little returns generated for the state government.

KENYATAAN MEDIA
23 FEB 2009
KAJI SELIDIK DAN KEMASKINI REKOD PERAKAUNAN PNSB

SHAH ALAM – Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sangat mementingkan ketelusan dan
kebertanggungjawaban dalam menjalankan pentadbiran Kerajaan serta pengendalian anak-anak syarikat Kerajaan Negeri.

Baru-baru ini, Dato’ Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi Pemerbadanan Menteri Besar Selangor telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod perakaunan syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB). Antara rekod-rekod yang disyaki terlibat termasuk penyerahan dokumen kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan urusniaga pembelian serta penjualan hartanah di Mekah diantara tahun 2006-2007.

Oleh itu, ahli lembaga pengarah PNSB hari ini telah mengarahkan Ketua Eksekutif PNSB, Datin Hajah Khairiyah Abu Hassan dan Pengurus Kewangan, Puan Nora Azmin Radzuan diberi cuti bergaji selama 30 hari supaya kajian selidik dan kemaskini rekod perakaunan dapat dilakukan.

Keputusan ini menunjukkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam dalam soal memantau selia, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran Kerajaan Negeri dan semua agensi, badan berkanun, pihak-pihak berkuasa dan pertubuhan yang berkaitan dengan atau di bawah pentadbiran Kerajaan negeri Selangor selaras dengan dasar “Merakyatkan Ekonomi Selangor”.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

No comments: