Tuesday, February 10, 2009

MBPJ tubuh pasukan pantau kebersihan

PASUKAN CEPAT. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menggerakkan Pasukan Bertindak Cepat (QUIK) di seluruh kawasan seliaannya bagi memantau kebersihan dan infrastruktur.

Serentak dengan itu, pasukan tersebut bertanggungjawab melakukan pemantauan yang membabitkan jalan berlubang, lampu isyarat rosak, pokok tumbang, banjir tanpa menunggu aduan dibuat oleh orang ramai.

Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohamad Roslan Sakiman berkata, melalui pertubuhan pasukan itu, ia mampu menyelesaikan aduan orang ramai dengan kadar segera.

Untuk itu, orang ramai boleh menyalurkan aduan menerusi hotline MBPJ di 79542020 atau SMS ke MBPJ dengan menaip mbpj jarak aduan jarak jenis aduan dan hantar ke 33733.

No comments: