Kenyataan
Media ADUN DAP untuk kawasan Kampung Tunku, Selangor, Lau Weng San pada 17 Februari
2016 di Petaling Jaya:
Saya
tertarik dengan tuduhan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor
merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang, YB Dato’ Seri Noh Omar bahawa kerajaan
Selangor telah sengaja mengagalkan atau melengahkan beberapa projek Kerajaan
Persekutuan di Selangor dan saya ingin mencabar agar seharusnya mengemukakan
senarai penuh projek dan rancangan pembangunan kerajaan Persekutuan di negeri
Selangor yang terbantut atau terpaksa dibekukan akibat tindakan “sabotaj”
kerajaan Selangor.
Tanpa
mengemukakan senarai ini, tuduhan-tuduhan Noh Omar ini hanyalah omong-omong
kosong retorik politik yang tidak bermakna, sungguhpun beliau akan mengemukan
dua contoh, iaitu cadangan membina Balai Bomba di Setia Alam, Shah Alam dan
cadangan membina Pusat atau Bazaar Pertanian Kekal di Puchong.
Beliau juga
mengemukakan statistik membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak pernah
menganak-tirikan kerajaan Selangor yang berada di bawah pentadbiran Pakatan
Harapan di mana peruntukan sebanyak RM18.37bilion telah diperuntukkan oleh
kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan pelbagai rancangan dan projek
pembangunan di negeri Selangor.
Noh Omar
juga harus mengarahkan kesemua dua belas ADUN Barisan Nasional dari parti UMNO
untuk mengungkitkan setiap satu projek dan rancangan pembangunan yang
dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan di negeri Selangor dalam sidang Dewan
Negeri Selangor (DUN) yang akan datang. Sekiranya kesemua dua belas ADUN UMNO
ini masih bersikap diam-diam ubi berkarat, maka ini hanya membuktikan bahawa
tuduhan-tuduhan Noh Omar ini tidak berkredibel.
Saya pasti
setiap pertanyaan ini akan dijawab dengan lengkapnya oleh pihak Eksekutif
nanti. Cuma saya perlu mengingatkan Noh Omar bahawa memang pernah berlaku
Selangor dianak-tirikan oleh Kerajaan Persekutuan akibat perbezaan politik.
Salah satu contoh yang paling baik ialah cadangan membina jambatan merentasi
Sungai Klang ketiga di Klang. Kerajaan BN menabur janji untuk membina jambatan
ini sebelum PRU ke-12 pada tahun 2008 tetapi janji ini tetap janji yang belum
dikota sehingga Kerajaan Selangor terpaksa menggunakan peruntukan sendiri untuk
membinanya.
Lau Weng San