Sunday, October 16, 2011

Jom Bina Blog JKKK DUN Kuala Kubu Baru

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Pakatan Rakyat untuk merakyatkan informasi di negeri Selangor, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kuala Kubu baru (KKB) telah menganjurkan satu program bernama "Jom Bina Blog" untuk memberi pendedahan dan latihan kepada JKKK yang ada di kawasan DUN Kuala Kubu Baru untuk membina blog dan facebook masing-masing.

Saya berasa bertuah kerana dapat berjumpa dan berinteraksi dengan anggota-anggota JKKK yang ada di kawasan DUN KKB ini dan berharap kita dapat menjalinkan hubungan kerja yang lebih erat melalui ruang siber.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai ruang facebook dan twitter saya, boleh anda melawat ke laman web seperti berikut www.facebook.com/lauwengsan dan www.twitter.com/lauwengsan

Selamat berblog!
Post a Comment