Oleh Harakahdaily.com
(http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5197-permohonan-maaf-kompas-belum-selesai)
KUALA LUMPUR, 2 Sept: Selepas lebih 10 hari berlalu, isu akhbar Indonesia, Kompas, memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak belum reda kerana permohonan itu tidak berlaku sebagaimana biasa.
Ini kerana, menjadi amalan biasa akhbar yang memohon maaf akan menyiarkan penyataan minta maaf itu dalam bentuk penyataan atau iklan dan menarik balik berita yang dikatakan salah itu.
Namun sehingga kini, ia tidak berlaku. Tidak ada penyataan permohonan maaf dalam bentuk iklan dan tidak ada penyataan menarik balik berita awal yang dikatakan salah itu dari Kompas.
Antara lain, artikel itu mengaitkan Rosmah dengan pembelian kontroversi sebentuk cincin bernilai RM24 juta, dan mendakwa bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayev, mempunyai hubungan dengan “mafia Rusia”.
Maira Nazarbayev dari Kazakhstan adalah ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang telah bertunang dengan Nooryana Najwa, anak gadis Najib dan Rosmah.
Kompas juga dalam laporannya itu menyifatkan Rosmah sebagai menjalani “kehidupan yang penuh kontroversi”, dan mengaitkannya dengan Perimekar, syarikat yang dikatakan telah menerima komisen jutaan ringgit berikutan penjualan kapal selam Scorpene.
Menurut penulis, perjanjian yang mencurigakan itu antara faktor yang membawa kepada pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.
Bernama pada 21 Ogos lalu memaklumkan, Kompas telah memohon maaf dari Perdana Menteri.
"Akhbar utama Indonesia, Kompas memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor atas laporan tidak tepat yang disiarkan.
Permohonan maaf itu turut disusuli siaran laporan yang menafikan semua tuduhan terhadap Perdana Menteri dan isteri.
Kompas, akhbar paling besar di Indonesia, hari ini menyiarkan laporan khas pasal Datuk Seri Najib.
Malah dalam laporan ini pula, Kompas menyatakan permohonan maaf ke atas laporan yang disiarkan 4 Ogos lepas.
Atas pemberitaan tersebut, pemimpin redaksi Kompas, Rikard Bangun, Sabtu 20 Ogos, di Jakarta secara khusus menyatakan permohonan maafnya kepada kepala negara dan keluarga.
Dalam laporan itu pula Kompas menyatakan bahawa Datuk Seri Najib menafi ke atas laporan yang mengandungi tiga tuduhan.
Antaranya isu pasal cincin berlian berharga ASD24 juta yang melibatkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Bagaimanapun, laporan yang tidak benar itu telah mengganggu dan berdampak luas di dalam negara.
Ia pula dimanfaatkan oleh pihak-pihak tertentu di Malaysia." lapor Bernama.
Menurut sumber Malaysiakini, permohonan maaf yang dituntut oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada mulanya ditolak oleh editor Kompas yang bertegas mempertahankan artikel mereka, khususnya berhubung dakwaan kegiatan kongsi gelap Maira, yang juga boleh dilayari secara meluas di Internet.
Dua penasihat itu kemudiannya mengancam mengugut Kompas dengan tindakan undang-undang, tetapi ini juga gagal untuk menundukkan akhbar Indonesia yang berpengaruh itu.
Kompas, bagaimanapun bersetuju membuka ruang kepada Najib untuk menjawap dan menangkis segala tuduhan dengan menghantar editor antarabangsa, Jimmy Harianto bagi menemubual Najib di Putrajaya pada Khamis lalu.
Bagiamanapun pada Ahad lalu, agensi berita nasional Bernama mengesahkan bahawa Kompas telah meminta maaf kepada Najib.
Setakat ini, mengapa Kompas membuat pusingan U pada saat-saat terakhir belum jelas tetapi menurut sumber, keputusan berkenaan telah dibuat dalam keadaan “situasi luar biasa”.
Namun, bagi Malaysiakini, akhbar itu jelas tidak membuat permohonan maaf secara penuh – ia boleh diibaratkan sebagai ‘permohonan maaf separuh’.
Malah, permohonan maaf itu diselitkan pada perenggan 10 di halaman 10 akhbar itu dalam laporan yang bertajuk ‘PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia’.
No comments:
Post a Comment