Saturday, November 17, 2012

Soalan-soalan Lisan Untuk Sidang DUN Yang Akan Datang

1. Pembangunan di Kuil Batu Caves
• Memandangkan projek pembangunan atas sekeping tanah berdekatan dengan Kuil Sri Mahamariamman Batu Caves yang dimiliki oleh Syarikat Dolomite Industries Sdn Bhd telahpun diluluskan pada tahun 2007 dan projek tersebut dibantah oleh Jawatankuasa Kuil tersebut. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memelihara keceriaan pemandangan destinasi pelancongan ini?

2. Tender terbuka
• Meminta kerajaan membuat jangkaan terhadap berapa banyak wang pembayar cukai yang berjaya dijimat melalui pelaksanaan tender terbuka untuk semua kerja-kerja perolehan dan pembangunan kerajaan negeri Selangor.
• Adakah kerajaan masih mengamalkan sistem tender tertutup dan tender rundingan terus dan apakah syarat-syaratnya?

3. Permohonan membina kolumbarium di Petaling Jaya
Persatuan Perkuburan Cina Petaling Jaya telah mengemukakan permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Petaling untuk membina kolumbarium di sebidang tanah berdekatan dengan tapak mereka untuk menyelesaikan masalah kekurangan tanah perkuburan di Petaling Jaya.
• Apakah perkembangan terkini memandangkan perkara ini telah dikemukakan oleh pemohon sejak lebih setahun yang lalu.
• Persatuan juga telah menulis kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk menjelaskan objektif permohonan mereka pada 27 September 2012. Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh MBPJ?

4. Dasar Pengurangan Kadar Cukai Taksiran Kepada Pemilik Petak Pangsapuri Kos Rendah
Kerajaan telah melaksanakan Dasar Pengurangan Kadar Cukai Taksiran Kepada Pemilik Petak Pangsapuri Kos Rendah pada tahun 2012.
• Berapa banyak unit rumah yang telah menerima manfaat ini mengikut PBT sehingga sekarang?
• Adakah cara ini telah membantu mengurangkan tunggakan bayaran caj penyelenggaraan dan sinking fund di kalangan pemilik rumah pangsa kos rendah? Apakah statistiknya?

5. Pemberian air percuma kepada rumah pangsa kos rendah melalui sistem kupon
• Berapa banyak unit rumah kos rendah yang telah menerima bekalan air 20 meter padu pertama yang percuma sehingga hari ini. Sila beri data mengikut pecahan PBT.
• Berapa banyak lagi yang belum menikmati manfaat program ini dan apakah sebab-sebabnya?
• Adakah program yang sama akan diperluaskan kepada rumah-rumah pangsa kos serdehana?

6. Permohonan kebenaran pindahmilik dan gadaian tanah secara atas talian
• Bagaimanakah keberkesanan permohonan kebenaran pindahmilik dan gadaian tanah bagi urusan-urusan tanah yang diuruskan secara atas talian di laman http://consent2u.selangor.gov.my berbanding dengan cara lama?
 • Berapa banyak permohonan yang telah siap dikendali oleh laman web ini?

7. Petaling Jaya Elevated City
• Apakah perkembangan terbaru projek pembangunan sebuah asrama pekerja yang boleh menampung sehingga 10,000 orang pekerja di Seksyen SS8, Petaling Jaya di bawah projek Petaling Jaya Elevated City yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)?
• Difahamkan tapak bengkel milik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) turut terlibat dalam program pembangunan ini. Apakah status terkini perbincangan di antara MBPJ dengan PKNS?

8. Program pembangunan semula bandar di Petaling Jaya Kerajaan telah bercadang untuk memulakan program pembangunan semula bandar di Seksyen 8, Seksyen 5, Seksyen 51, Seksyen 51A dan Seksyen 52.
• Sila berikan satu sinopsis ringkas tentang maklumat terkini tentang program pembangunan semula bandar di setiap kawasan di Petaling Jaya ini.
• Apakah peranan yang dimainkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam program pembangunan semula bandar ini?

9. Kampung Bagan Nakhoda Omar (BNO)
• Apakah status terkini permohonan untuk membatalkan kawasan tanah kerajaan di Bagan Simpang Empat BNO, Pekan Bagan Nakhoda Omar, Daerah Sabak Bernam seluas lebih kurang 56.5 ekar daripada rizab Melayu Sungai Lang GN 925-28 dan digantikan dengan kawasan berstatus tanah kerajaan dengan keluasan yang sama di kawasan KM 50.5 Sungai Panjang, Mukim Sungai Penjang, Daerah Sabak Bernam?

10. Tanah rizab rumah-rumah ibadat selain Islam
Kerajaan telah menetapkan untuk tidak memberi hakmilik tanah kepada rumah-rumah ibadat selain Islam sejak 2008. Sebaliknya, kerajaan akan membuat perwartaan tanah (gazzette) terhadap sesuatu tanah itu sebagai tanah rizab rumah ibadat selain Islam.
• Berapa banyak tanah yang telah diwartakan di bawah dasar ini bermula tahun 2008 sehinga sekarang?
• Terdapat ura-ura bahawa tanah yang diwartakan ini akan dinyahwarta (degazzette) dan kerajaan akan merampas tanah ini. Apakah proses dan prosidur untuk penyahwartaan?

No comments: