Saturday, November 17, 2012

Soalan-soalan Bertulis Untuk Sidang DUN Yang Akan Datang

(1) Pelaburan berkaitan dengan industri berasaskan teknologi hijau
• Adakah kerajaan mempunyai dasar-dasar yang direka khusus untuk menarik lebih ramai pelabur untuk melabur dalam instrustri yang berasaskan teknologi hijau dari dalam dan luar negara? Jika tidak. Mengapa?
• Berapa ramai pelabur yang telah melabur di Selangor sejak tahun 2008 dalam bidang yang berasaskan teknologi hijau?

(2) Kereta rasmi Datuk Bandar dan Yang Di-Pertua (YDP) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
• Apakah garis panduan atau pekeliling kerajaan tentang pembelian kereta rasmi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk kegunaan Datuk Bandar atau Yang Di-Pertuanya (YDP)?
• Adakah keputusan untuk membeli kereta rasmi untuk kegunaan rasmi Datuk Bandar atau YDP perlu dibentangkan dalam belanjawan PBT berkenaan dan diluluskan oleh Ahli-Ahli Majlis sebelum ianya dapat dilaksanakan?

(3) Pemilihan Ahli Majlis melalui pilihanraya
• Kerajaan bercadang untuk mengadakan pemilihan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui cara pilihanraya. Adakah kerajaan sudah menyediakan draf pelaksanaannya dan bilakah ianya akan dilaksanakan?
• Sila lampirkan draf pelaksanaan pemilihan Ahli Majlis melalui pilihanraya.

(4) Pemberian hakmilik tanah (Borang 5A) kepada penduduk-penduduk Kampung Cempaka, Petaling Jaya
• Meminta kerajaan memberi senarai ramai pemohon-pemohon dari Kampung Cempaka, Petaling Jaya yang telah diberi hakmilik tahah melalui Borang 5A yang telah diluluskan oleh kerajaan Selangor bermula tahun 2008 hingga sekarang?
• Berapa ramai pula pemohon yang masih belum diproses atau sedang diproses? Sila beri senarai.

(5) Lesen cybercafe
• Bertanya kepada kerajaan adakah semua pihak berkuasa tempat di Selangor menerima pakai garis panduan yang seragam dalam memberi kelulusan dan lesen cybercafe?
• Jikalau ya, apakah garis panduan atau syarat-syarat yang perlu ditepati oleh peniaga-peniaga cybercafe sebelum lesen perniagaan dikeluar?
• Adakah persetujuan daripada agensi-agensi kerajaan persekutuan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) diperlukan?

(6) Pembinaan kabel bervoltan tinggi di kawasan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
• Meminta kerajaan memberi penerangan tentang pembinaan kabel bervoltan tinggi di kawasan Majlis Perbadaran Kajang (MPKj) yang telahpun bermula di kawasan Taman Connaught, Kuala Lumpur di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

(7) Pengurangan cukai pintu untuk rumah terbiar di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa
• Sejak kerajaan mengiystiharkan bahawa rumah-rumah kos rendah terbiar di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa berhak memohon rebet cukai pintu daripada Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), berapa banyak rumah yang telah menikmati rebet ini bermula tahun 2010 hingga sekarang?
• Berapakah jumlah rebet yang telah diberi oleh MDHS sehingga sekarang mengikut tahun bermula tahun 2010 hingga tahun 2012?

(8) Pendapatan pasir
• Berapa banyak pendapatan dalam bentuk royalti yang dijana kerajaan Selangor daripada penjualan pasir bermula tahun 2006 hingga 2012?
• Berapa banyak dividen yang telah dibayar oleh Kumpulan Semesta Sendirian Berhad (KSSB) setiap tahun sejak penubuhannya pada tahun 2008?

(9) Hamper untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali
• Meminta kerajaan memberi angka tentang perbelanjaan yang dibelanjakan untuk perolehan hamper Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali mengikut tahun bermula tahun 2008 hingga 2012 kepada setiap DUN serta nama setiap syarikat pembekal untuk setiap tahun.

(10) Gaji pegawai-pegawai kanan dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)
• Meminta kerajaan memberi butiran gaji dan elaun Dato' Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri, Pegawai Kewangan Negeri serta setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)
• Meminta kerajaan memberi maklumat terhadap apa-apa bentuk elaun yang diterima Dato' Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri, Pegawai Kewangan Negeri serta setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dilantik sebagai ahli-ahli lembaga syarikat GLC negeri Selangor.

No comments: