Saya terpaksa mengambil gambar terhadap apa yang berlaku di penjara Pudu melalui lubang kecil ini.
Teresa dan Ronnie berunding dengan "penjaga pintu" Penjara Pudu untuk masuk melihat tahanan-tahanan.
Kelihatan beberapa orang tahanan(duduk di sebelah kanan) yang ditemani oleh beberapa orang anggota Polis. Gambar foto ini terpaksa diambil melalui fungsi "zoom-in" melalui lubang kecil pintu besi Penjara Pudu.
Seorang penunjuk perasaan yang ditahan oleh seorang anggota polis wanita dan dibawa ke lori PDRM.
Seorang anggota polis bersedia dengan gari tangannya.
Walaupun Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (KEK-KWA) menyeru kita untuk berbudi bahasa dan bersenyum selalu, tetapi saya tidak muka semua anggota polis di KLCC dan Penjara Pudu langsung tidak senyum. Mungkin Rais Yatim boleh beri kursus kepada polis untuk bagaimana bersenyum.
Kerana kekurangan besi, polis terpaksa menggunakan plastik jenis "lock-tight" sebegini. Saya difahamkan bahawa plastik ini lebih menyakitkan daripada gari besi kerana semakin kamu menggerakkan tangan yang terikat, samakin ketat pula ikatannya.
Pancutan yang tidak tepat - Pancutan air gatal oleh FRU tidak kena pada tempatnya, tetapi kena pokok dan air gatal kena balik pada kereta FRU.
Seorang pemandu lori yang tidak tahu apa yang berlaku pada hari itu tiba-tiba membawa lori panjang besarnya untuk memasuki jalan yang telah ditutup itu apabila FRU sedang berarak untuk menyuraikan orang ramai. FRU terpaksa berhenti sekejap disebabkan oleh lori yang muncul tiba-tiba ini.
Mereka berarak dengan megah, tetapi terpaksa berhenti kerana lori...aiyo!
Orang ramai masih tidak berganjak pada pukul 11:30 pagi dan mereka kelihatan berbaris sepanjang Jalan Sultan Ismail.
Dr Hatta Ramli dan kedua-dua orang anak kecilnya ditahan. Adakah ini tahap kesopanan dan kesusilaan yang ditunjukkan oleh polis kepada budak kecil kita?
Pasukan Polis yang berbilang bangsa? - Demontrasi pada hari itu memperlihatkan ramai anggota polis berbangsa Cina dan India...Harap-haraplah mereka dapat menjalankan tugas dengan adil dan berperi kemanusiaan.
Apabila saya mempunyai masa lapang, saya akan mengambil gambar SB-SB ini yang sembunyi di belakang. Senang sahaja untuk mengenalpasti mereka ini kerana mereka ini biasanya tidak memakai apa-apa tag seperti wartawan.
Seorang lagi SB.
SB ini begitu menumpukan perhatiannya dengan kerjanya. Bolehkah dia dinaik pangkat?
Sampai pasukan FRU berkuda diketengahkan untuk menyuraikan orang ramai.
Demonstrasi oleh penyokong-penyokong PAS.
Helikopter PDRM ini kelihatan berlegas di ruang udara KLCC semasa demonstrasi. Helikopter yang sama juga kelihatan di sekitar ruang udara di Parlimen. Ada yang menyatakan bahawas helikopter ini lagi membazir minyak.
Bolehkah mana-mana orang memberitahu saya mengapa anggota polis ini tidak memakai button badge "Saya Anti Rasuah"?
Seorang wanita Melayu ditahan.