Saturday, March 04, 2006

Mengecam keputusan MPPJ yang tidak mengormati hasrat penduduk-penduduk tempatan dalam perancangan bandar

Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) sekali lagi dikecam kerana tindakannya meluluskan Kebenaran Merancang tanpa mengambil kira pandangan dan bantahan daripada penduduk-penduduk tempatan.

Penduduk-penduduk yang tinggal di sekitar Jalan 20/24, Taman Paramount, Petaling Jaya telah mengadu kepada DAP Selangor bahawa sekeping tanah kosong yang terletak di jalan berkenaan telah diberi Kebenaran Merancang kepada seorang yang bernama Quah Peng Chin @ Quah Paik Sze membina sebuah bangunan pusat perkhidmatan dan pejabat.

Mereka diberitahu tentang keputusan MPPJ ini dalam satu surat yang bertarikh 6hb Februari 2006 [Nombor Rujukan: (34) dlm.MPPJ/JPB331/T/P23/S21/1819/2003]. Apa yang tidak diterima oleh penduduk-penduduk persekitaran ialah mereka ini yang tinggal berdekatan dengan lot tanah berkenaan telah mengeluarkan bantahan sebulat suara terhadap projek pembinaan ini sebanyak dua kali pada tahun 2003 dan 2004.
h

Keputusan MPPJ yang masih berterusan dengan meluluskan projek ini adalah amat mengecewakan kerana keputusan MPPJ ini tidak berpandukan prinsip demokrasi, ketelusan dan pentadbiran baik (good governance) di mana MPPJ sepatutnya menjunjung keputusan sebulat suara penduduk-penduduk setempat. Tuntutan DAP Selangor yang pertama terhadap MPPJ ialah supaya MPPJ untuk menyatakan di bawah apa bentuk peruntukan perundangan pihak MPPJ membuat keputusan yang bersifat unilateral and autokratik ini dan mengapakah MPPJ tidak menyenaraikan sebab-sebab MPPJ meluluskan Kebenaran Merancang ini seperti yang dijanjikan dalam perenggan keempat surat MPPJ kepada penduduk-penduduk ini yang bertarikh 30hb September 2003 [Nombor Rujukan: (11) dlm.MPPJ/JPB331/T/P23/S21/1819/2003].

Adalah menjadi kemestian untuk setiap projek pembinaan yang ditabung oleh kerajaan atau pihak swasta untuk mendirikan papan tanda dengan menyatakan maklumat-maklumat terperincinya. Walapun begitu, tinjauan DAP Selangor di tapak berkenaan juga mendapati Tetuan Quah Peng Chin @ Quah Paik Sze sudah memulakan kerja-kerja membersih tanah tanpa mendirikan mana-mana papan.



Pihak kami telah dimaklumkan bahawa tanah ini digunakan untuk mendiri pejabat dan pusat perkhidmatan dengan mana pihak kami ingin bertanya sama ada projek ini ialah projek pembangunan MPPJ atau mana-mana agensi kerajaan yang lain. Sekiranya projek ini ialah projek MPPJ, maka pihak MPPJ mesti menjelaskan mengapakah papan tanda ini tidak didirikan di tapak ini.

Dalam pada itu, DAP Selangor juga berasa terkejut dengan pembersihan tanah ini kerana apa yang diluluskan oleh MPPJ hanya ialah Kebenaran Merancang sahaja dimana ianya tertakluk kepada syarat-syarat tertentu seperti yang tertulis dalam surat MPPJ bernombor siri (34) dlm.MPPJ/JPB331/T/P23/S21/1819/2003. Pihak kami ingin mendapat penjelasan daripada MPPJ samada Tetuan projek ini sudah menyerahkan pelan bangunannya untuk diluluskan atau tidak. Sekiranya tidak, mengapakah Tetuan boleh membersihkan tanah itu?

MPPJ perlu memberi penjelasan terhadap semua kemusykilan ini kerana Pihak Berkuasa Tempatan perlu menjadikan budaya integriti dan bertanggungjawab sebagai budaya kerja. Ketidakadilan yang berlaku terhadap penduduk-penduduk di Taman Desa Ria pada November 2005 tidak harus berulang pada penduduk-penduduk di Taman Paramount ini.

No comments: