PUSAT KHIDMAT ADN BANTING
NO. 81, TINGKAT 1, JALAN TELUK BUNUT, TAMAN DELIMA, 42700 BANTING.
TEL: +6-012-6834724, +6-012-6924724,
EMAIL: lauwengsan@gmail.com
https://linktr.ee/lauwengsan
Service centre hour: 9am to 5pm (Monday to Friday)
Thursday, November 12, 2015
Friday, November 06, 2015
Soalan lisan saya di DUN Selangor dijawab hari ini
Undang-undang Keluarga Islam
=========================
Memandangkan Kerajaan Negeri Sembilan sedang meninjau kemungkinan untuk meminda Undang-undang Keluarga Islamnya untuk mengatasi masalah hak jagaan anak akibat pertukaran agama salah seorang daripada pasangan bukan Islam ke dalam Islam, adakah kerajaan Selangor sedang menuju ke arah usaha yang sama?
=========================
Memandangkan Kerajaan Negeri Sembilan sedang meninjau kemungkinan untuk meminda Undang-undang Keluarga Islamnya untuk mengatasi masalah hak jagaan anak akibat pertukaran agama salah seorang daripada pasangan bukan Islam ke dalam Islam, adakah kerajaan Selangor sedang menuju ke arah usaha yang sama?
Tuesday, November 03, 2015
Ucapan Membahas Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2016 pada 3 November 2015 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam
Politik Jujur, Perbicaraan Terus-Terang
Honest Politics, Straight Talking
Pendahuluan
1. Khalifah
Abu Bakr al-Siddiq pernah berkata “Wahai manusia, sesungguhnya aku telah
dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik di kalangan kamu.
Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu
adalah amanah, bohong itu adalah khianat.
2. Saya
berharap saya dapat mengambil bahagian dalam perbahasan ini dengan mengambil
pendekatan ini, iaitu “Honest Politics,
Straight Talking” (Politik Jujur, Perbicaraan Terus-Terang), pendekatan
yang tiada agenda tersembunyi, hanya hasrat untuk mempertingkatkan pentadbiran
kerajaan.
3. ADUN
Barisan Nasional harus berani mengambil bahagian dalam perbahasan. Malahan jika
kamu percaya apa yang kamu bahas itu benar, maka beranilah mengambil soalan
daripada kami. Semalam ADUN Barisan Nasional cuba menafikan kejayaan kerajaan
Selangor dalam membentangkan sebuah Belanjawan dengan 50% peruntukan
pembangunan, kononnya kerajaan Selangor tidak perlu membayar gaji penjawat awam
yang besar. Ulasan saya, kalau BN tidak mampu lagi membayar gaji penjawat awam
di peringkat Persekutuan, maka serah Putrajaya kepada Pakatan Harapan. Nescaya
kami akan menjalankan tugas kami lebih baik daripada Barisan Nasional.
4. Semasa
negara semakin terjebak dalam krisis kewangan dan asas ekonomi negara yang
semakin bergoyang, bukan sahaja Kerajaan Selangor perlu membentangkan sebuah
Belanjawan yang bersifat inklusif dan mampu memperbetulkan kelemahan-kelemahan Putrajaya
dalam mengurus ekonomi negara, malahan Kerajaan Selangor harus jujur apabila
berdepan dengan rakyat Selangor.
5. Secara
prima facie, kami yakin politik di
Selangor stabil, tetapi ini hanya akan berkekalan apabila Pakatan Harapan diiktiraf
dalam pentadbiran kerajaan. Satu fakta yang kita harus terima ialah, kerajaan
Selangor sekarang dipimpin oleh PKR, DAP, Amanah dan PAS. PKR, DAP, Amanah pula
telah bergabung di bawah Pakatan Harapan. Oleh sebab itu, YAB Menteri Besar perlu
tegas bahawa Kerajaan Selangor sekarang bernama Kerajaan Pakatan Harapan.
6. Seperti
bak pepatah Cina: “名不正言不順” yang bermaksud, sesuatu kerja tidak
akan lancar kalau namanya tidak betul. Oleh sebab itu, pengiktirafan yang
sewajarnya harus diberi kepada Pakatan Harapan dan Parti Amanah Negara. Pada
masa kami bangga dengan Belanjawan #SmartSelangor, apa yang sama penting dalam
perjuangan kita menentang kezaliman UMNO ialah adanya kawan-kawan seperti
Amanah yang ikhlas dan komited menentang kezaliman UMNO. Kalau ada rakan-rakan
PAS yang ikhlas dan berjanji akan menentang UMNO habis-habisan dan tidak ingin
menjadi penasihat kepada UMNO, maka tiada masalah untuk mereka terus kekal
dalam kerajaan Pakatan Harapan.
Subscribe to:
Posts (Atom)