Telah dinyatakan semalam oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar bahawa Akta Hubungan Kaum akan diwujudkan dalam waktu terdekat dengan matlamat lebih menyeluruh untuk mengukuhkan perpaduan dan kesepakatan antara kaum di negara ini oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, skop akta berkenaan lebih meluas berbanding Akta Hasutan sedia ada yang lebih bertujuan mengekang huru-hara dan ancaman ketenteraman awam.
Akta Hubungan Kaum tidak akan memperbaiki hubungan antara kaum di Malaysia jikalau kerajaan tidak memberi layanan adil kepada semua rakyat. Hakikatnya juga sama jikalau kerajaan tidak kelihatan mentadbir negara ini dengan adil dan saksama.
Adalah amat mengesalkan apabila kerajaan tidak mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu yang sengaja menwujudkan ketegangan antara kaum dan agama dengan mengapi-apikan isu ini. Sementara itu, kerajaan pula mengambil tindakan yang cukup silap dengan menahan beberapa individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tanpa perbicaraan. Keadaan ini telah menyebabkan kerajaan pusat kelihatan tidak bermaya untuk menegakkan keadilan.
Dengan ini, bagaimana pula kerajaan pusat dapat meyakinkan rakyat jelata dengan adanya Akta Hubungan Kaum ini akan terwujudnya harmoni semasa masyarakat majmuk Malaysia ini?
Saya menyeru kerajaan pusat untuk menangani masalah yang sebenarnya dan bukannya terus dibelenggu sindrom penafian (denial syndrome) dengan menafikan kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan pusat.

No comments:
Post a Comment