Saturday, September 13, 2008

Majlis berbuka puasa dengan Persatuan Ibu Tunggal Mas Merah Wilayah Persekutuan / Selangor

ADUN Kampung Tunku Lau Weng San akan mengadakan satu majlis berbuka puasa dan memberi sumbangan bersama-sama Persatuan Ibu Tunggal Mas Merah Wilayah persekutuan / Selangor di No. 2, Jalan SS1/43B, Kampung Tunku 46300 Petaling Jaya pada 17 September 2008, pukul 7 malam sempena menyambut bulan Ramadan dan Nuzul Al-Quran.

Lau Weng San juga akan memberi sumbangan kewangan sebanyak RM2500 kepada persatuan itu untuk membantu membiayai aktiviti-aktiviti persatuan itu.

Ini merupakan majlis berbuka puasa yang pertama dianjurkan oleh pejabat ADUN dan kami ingin membuktikan kepada semua bahawa bulan Ramadan ini merupakan satu bulan mulia yang disambut oleh seluruh masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Pejabat saya juga akan menganjurkan majlis rumah terbuka sempena perayaan Hari Raya Puasa ini untuk memeriahkan suasana perayaan.

2 comments:

zaharibb said...

will there be FRU trucks around?

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil said...

Kepada YB Lau Weng San,
Terima kasih kerana memberikan layanan yang baik kepada kami dalam pesta tanglung malam tadi

Khairul Faizi Ahmad Kamil
http://www.minda-kembara.com/