Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat (PR) telah pada bulan JUlai memberi bantuan makanan dalam bentuk beras, gula dan susu pekat kepada keluarga miskin yang mendapat gaji bulanan RM1500 ke bawah.
Sempena kempen ini, saya telah pada bulan Julai menjalankan satu kempen pendaftaran keluarga miskin di kawasan DUN Kampung Tunku untuk mendaftar keluarga-keluarga miskin bagi memudahkan pengedaran barang bantuan makanan ini.
Walaupun bantuan makanan ini sudah habis diedarkan kepada semua, pejabat saya masih membuka pendaftaran ini dan saya menyeru mereka yang masih belum mendaftar supaya datang ke pejabat saya untuk mendaftarkan diri.
No comments:
Post a Comment