Monday, September 29, 2008

Pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan mulut Sesi DUN ke-3 2008

1. TAJUK: Latihan kakitangan kerajaan negeri oleh BTN
PORTFOLIO: Lain-lain
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Adakah kerajaan bercadang untuk terus menghantar kakitangan-kakitangan awam kerajaan negeri ke Biro Tatanegara (BTN) untuk menerima latihan dan kursus yang mempunyai unsur-unsur perkauman dan tidak selari dengan dasar CAT kerajaan negeri?

2. TAJUK: Kediaman rasmi Exco
PORTFOLIO: MTES
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Apakah nilai pasaran kediaman-kediaman rasmi Exco kerajaan negeri di Seksyen 7 Shah Alam serta perkembangan terkininya?
b) Adakah kediaman-kediaman rasmi ini akan ditukar kepada rumah pelancongan perubatan dan berapakah kepulangannya kepada kerajaan negeri?

3. TAJUK: Syarat-syarat ketat terhadap syarikat-syarikat kemudahan awam yang menggorek jalan PBT
PORTFOLIO: Kerajaan tempatan
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Adakah kerajaan akan mengenakan syarat-syarat yang lebih ketat terhadap syarikat-syarikat kemudahan awam yang memohon daripada PBT untuk menggorek jalan kerana kerja-kerja pemulihan kurang memuaskan dijalankan oleh kontraktor-kontraktor mereka?
b) Bagaimana kerajaan memantau kualiti kerja yang dijalankan oleh kontraktor-kontraktor ini?

4. TAJUK: Bancian atau audit semula terhadap penghuni-penghuni rumah kos rendah
PORTFOLIO: Perumahan
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Adakah kerajaan negeri bercadang menjalankan bancian atau audit semula terhadap penghuni-penghuni rumah kos rendah untuk memastikan rumah-rumah ini didiami mereka yang berkelayakan?
b) Adakah kerajaan bercadang membina lebih banyak lagi rumah kos rendah dan rumah mampu milik di Petaling Jaya?

5. TAJUK: Pengurangan cukai pintu untuk premis badan kebajikan 
PORTFOLIO: Kebajikan 
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Adakah kerajaan bercadang untuk mengurangkan cukai pintu untuk premis badan kebajikan memandangkan rumah-rumah kebajikan ini bergantung kepada sumbangan derma daripada masyarakat?
b) Apakah syarat-syarat yang mesti dipatuhi oleh rumah-rumah kebajikan ini agar mereka dapat menikmati pengurangan cukai pintu ini?

6. TAJUK: Kereta rasmi pegawai-pegawai atasan kerajaan negeri
PORTFOLIO: Kewangan
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Apakah jumlah bilangan, jenama, umur dan harga kenderaan yang dimiliki oleh kerajaan negeri untuk kegunaan rasmi pegawai-pegawai atasan kerajaan negeri?
b) Meminta satu senarai perbelanjaan penyelenggaraan kenderaan ini sejak digunapakai dan kerosakan yang sering dihadapi?

7. TAJUK: Tanah kegunaan awam dirampas di Bandar Utama
PORTFOLIO: Pembangunan tanah
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: - 
a) Apakah perkembangan terbaru terhadap beberapa keeping tanah untuk kegunaan awam yang telah dirampas oleh golongan yang tidak bertangugngjawab?
b) Apakah rancangan kerajaan negeri untuk memulangkan penduduk-penduduk Bandar Utama kemudahan-kemudahan awam ini?

8. TAJUK: Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI)
PORTFOLIO: Lain-lain
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Adakah kerajaan negeri akan mengemukan satu enakmen kebebasan maklumat dalam penggal ini untuk memastikan ketelusan pentadbiran kerajaan negeri Selangor?
b) Apakah masalah teknikal yang bakal dihadapi oleh kerajaan negeri dan bagaimana masalah ini boleh diatasi?

9. TAJUK: Program air percuma
PORTFOLIO: Infrastruktur dan kemudahan awam
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Mengapa Syabas memaklumkan bahawa bekalan air percuma hanya sehingga akhir tahun 2008 sedangkan ia merupakan dasar jangka lama kerajaan negeri?
b) Adakah pengurusan Syabas perlu merujuk kepada kerajaan negeri Selangor sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan?

10. TAJUK: Kekurangan tanah perkuburan di Selangor
PORTFOLIO: Pembangunan tanah 
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Apakah garis panduan dan cara-cara penyelesaian untuk mengatasi masalah kekurangan tanah perkuburan di Selangor apabila terdapat bantahan penduduk-penduduk dan pencinta alam sekitar?
b) Apakah perkembangan terbaru terhadap kelulusan tanah perkuburan di Kota Damansara?

No comments: