Tuesday, October 27, 2009

Jambatan runtuh di Kuala Dipang satu lagi projek mi segera BN?

Saya berasa sangat kecewa dengan kemalangan yang berlaku di Kuala Dipang di mana sekumpulan murid yang menghadiri kem 1Malaysia mati kelemasan apabila terjatuh daripada sebuah jambatan gantung yang baru dibina.
Kemalangan ini merupakan satu tamparan hebat kepada kerajaan persekutuan di bawah BN dan Perdana Menteri Najib Tun Razak kerana kemalangan sebegini tidak sepatutnya berlaku.
Kemalangan ini juga mengingatkan kita tentang beberapa projek kerajaan yang didapati berkualiti rendah biarpun wang yang banyak telah diperuntukkan malahan telah dibayar untuk menyiapkan projek-projek kerajaan ini.
Insiden yang masih segar di dalam ingatan kita ialah insiden bumbung runtuh di stadium Kuala Terengganu. Beberapa tahun dahulu negara kita dikejutkan dengan kejadian Hospital Johor Bharu yang tidak dapat diguna kerana dicemari kuman. kita masih tidak dapat melupakan kes jambatan MRR2.
Berjuta-juta ringit malahan berbilion-bilion ringgit telah dibelanjakan untuk 'menyelamatkan' projek-projek ini. Insiden yang berlaku di Kuala Dipang ini merupakan insiden yang lebih serious bukan sahaja ianya sekali lagi menunjukkan ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan tetapi ianya telah menyebabkan kehilangan nyawa manusia.
Lebih memalukan lagi, program ini merupakan program yang dianjurkan di bawah 1Malaysia. Sepatutnya program ini perlu dijalankan dengan menerapkan nilai-nilai yang positif ke dalam jiwa sanubari anak-anak murid kita.
Apabila insiden hitam ini telah berlaku apakah mesej yang kita hendak sapaikan kepada mesyarakat umum? Apakah nilai-nilai yang kita hendak anak-anak kita belajar?
Saya meminta kerajaan pusat untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap kejadian hitam ini dan menentukan sebab utama kemalangan ini. Adakah ianya disebabkan oleh kualiti kerja yang rendah? Adakah bahan yang dibekalkan untuk membina jambatan ini sama dengan apa yang dicatat dalam Surat Pesanan Kerajaan? Adakah kekurangan pemantauan dan penyelenggaraan faktor kemalangan ini? Apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk membantu keluarga si mati/mangsa?
Semua soalan ini perlu diberi satu jawapan lengkap. Kerajaan juga perlu menjawab berapa banyak wang rakyat telah dibelanjakan di bawah program 1Malaysia dan adakah projek-projek ini semata-mata projek mi segera hanya untuk memenuhi kepentingan politik sesetangah pihak?

2 comments:

NEO said...

Mi Segera masih boleh makan! Kalau Magee Brand, ia kos RM0.80 satu

Tapi Jabatan BN mengacam nyawa!!!

Arik Yusof said...
This comment has been removed by the author.