Friday, January 25, 2013

Kenyataan Ibrahim Ali bercanggah dengan Slogan “1Malaysia” Najib Razak dan PM perlu memisahkan dirinya daripada Perkasa



Rakyat Malaysia terkejut dengan kenyataan provokatif Ahli Parlimen MP Pasir Mas Ibrahim Ali yang menggesa orang Islam membakar naskhah bible iaitu AlKitab yang mengandungi perkataan “Allah” dan perkataan-perkataan Arab yang berkaitan dengan agama untuk menghentikan tindakan mengina sensitiviti orang Islam.

Bukan sahaja kenyataan beliau ini bersifat provokatif tetapi ianya bercanggah dengan semangat “1Malaysia” yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak.

Najib harus memisahkan dirinya daripada Perkasa jikalau beliau benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan konsep 1Malaysia. Janganlah Najib menggunakan 1Malaysia sebagai topeng untuk memperdayakan masyarakat bukan Muslim.

Ini bukan cerita palsu tetapi kebenaran apabila Najib Razak bersama-sama isterinya Rosmah Mansor pernah menghadiri satu jamuan makan malam pada 18 Februari 2012 anjuran Perkasa. Kehadiran beliau dalam jamuan makan malam yang bertujuan untuk mengutip tabung bagi membiayai aktiviti-aktiviti Perkasa menunjukkan beliau secara senyap-senyap merestui dasar dan pendirian Perkasa.

Saya membidas tindakan Najib yang mendiamkan diri dalam isu ini. Saya juga berasa sangsi dengan keikhlasan Najib dalam melaksanakan semangat 1Malaysia sekiranya beliau terus mendiamkan diri dalam perkara ini. Walaupun begitu, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia yang meraikan cirri-ciri kepelbagaian dalam masyarakat kita untuk menolak sikap hipokrit seperti ini.
Post a Comment