PUSAT KHIDMAT ADN BANTING
NO. 81, TINGKAT 1, JALAN TELUK BUNUT, TAMAN DELIMA, 42700 BANTING.
TEL: +6-012-6834724, +6-012-6924724,
EMAIL: lauwengsan@gmail.com
https://linktr.ee/lauwengsan
Service centre hour: 9am to 5pm (Monday to Friday)
Tuesday, January 15, 2013
Kementerian Pengajian Tinggi harus menghentikan semua program "brainwashing" di IPTA
Rakyat seluruh negara tergempar dan terkejut dengan sebuah klip video di Youtube yang memaparkan pertelingkahan antara seorang mahasiswa jurusan Undang-undang tahun kedua Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan seorang panelis bernama Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dalam satu forum yang berlangsung pada 8 Disember 2012 yang lalu.
Forum itu akhirnya bertukar menjadi satu medan politik bukan sahaja untuk mencemar imej beberapa pemimpin Bersih seperti Datuk S. Ambiga dan Datuk A. Samad Said malahan panelis Sharifah Zohra Jabeen bertukar menjadi seorang yang cuba memaksa mahasiswa-mahasiswi di bawah pentas untuk menerima pandangannya secara unilateral.
Kementerian Pengajian Tinggi harus menghentikan program-program “brainwashing” di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Program-program seperti ini tidak ada sebarang kaitan untuk meningkatkan prestasi akademik mahasiswa-mahasiswi mahupun pembangunan sahsiah mahasiswa-mahasiswi sendiri. Malahan ianya dijalankan dengan motif politik yang jelas.
Kerajaan persekutuan di bawah Barisan Nasional (BN) harus berhenti melayan mahasiswa-mahasiswi seperti budak-budak sekolah menengah. Kerajaan persekutuan harus memberi penghormatan, kebebasan dan hak kepada mahasiswa-mahasiswi untuk menyampaikan pandangan mereka sendiri.
Cara menangani mahasiswa-mahasiswi seperti apa yang ditunjuk oleh Sharifah Zohra Jabeen ialah cara yang autokratik. Ianya merupakan satu pencabulan hak terhadap mahasiswa-mahasiswi untuk menyampaikan pendapat mereka secara bebas. Tindakan Sharifah Zohra Jabeen merampas mikrofon daripada KS Bawani semasa beliau sedang berucap sehingga Sharifah Zohra Jabeen perlu turun ke bawah pentas, datang kepada KS Bawani dan menaikkan suara beliau untuk menegah KS Bawani daripada terus berucap ialah tindakan liar yang perlu dikejam oleh segenap lapisan masyarakat.
Mahasiswa-mahasiswi pernah dipaksa untuk menandatangani surat akujanji seketika yang lalu. kini IPTA-IPTA dijadi medan politik yang cuba dimonopoli oleh Barisan Nasional dengan bantuan jentera-jentera kerajaan seperti Biro Tatanegara (BTN) dengan tujuan untuk mengukuhkan kedudukan BN yang samakin terancam dan terumbang-ambing.
Janganlah BN merosakkan dan meracuni minda mahasiswa-mahasiswi dengan program-program politik seperti yang berlaku di UUM. Biar mahasiswa-mahasiswi menentukan sendiri aliran politik yang mereka cenderung kepada. Tugas kerajaan dan pentadbiran IPTA tidak lain tidak bukan ialah untuk membuka ruang dan minda kepada mahasiswa-mahasiswi tentang kepelbagaian duniawi semasa mereka menuntut ilmu dalam menara gading.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment