Wednesday, September 28, 2005

Mahasiswa Pro-Pembangkang?

Saya sepatutunya tidak perlu mengulas panjang berkenaan dengan laporan muka pertama Utusan Malaysia 27 September 2005 yang bertajuk “Proaspirasi kuasai universiti -- Dijangka menang besar pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2005/2006 esok”dan laporan Merdeka Review Online “子根否认介入理大选举 前进阵线有录音为证” berkenaan dengan campur tangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon, yang juga merangkap Timbalan Pengerusi Parti Gerakan Rakyat Malaysia, bahawa mahasiswa-mahasiswa di USM mempunyai rekod suara bahawa Koh Tsu Koon meminta mahasiswa-mahasiswa supaya tidak bersekongkol dengan pembangkang seperti DAP dan PAS, maka tersentuhlah saya untuk menulis sesuatu, kali ini dalam Bahasa Malaysia.

Tetapi pagi ini, saya dikejutkan dengan satu lagi artikel yang bertajuk “Bekas pemimpin MPP serah memorandum bantah demonstrasi” apabila terdapat segelintir mahasiswa daripada IPTA menyerah satu memorandum kepada YAB Timbalan PM, Datuk Seri Najib untuk membantah membantah tindakan sekumpulan pelajar yang berdemonstrasi di bangunan Parlimen baru-baru ini kerana “memburukkan imej mahasiswa”.

Saya tidak ingin untuk mengulas sama ada demonstrasi itu telah membutukkan imej mahasiswa sperti yang tidakwa oleh kumpulan mahasiswa tersebut, yang dikatakan merupakan bekas pemimpim MPM (Majlis Perwakilan Mahasiswa) di IPT masing-masing. Mungkin mereka perlu meneliti isi kandungan Memorandum itu.

Walaupun begitu, terdapat sesuatu yang aneh berkenaan dengan perkataan “aspirasi”. Semasa saya masih berkecimpung di kampus politik UM antara tahun 1999 hingga 2002, perkataan ini merupakan trademark kepada Gagasan Mahasiswa UM (GMUM) yang merupakan golongan mahasiswa yang tidak dikongkong oleh pihak pengurusan universiti. Perkataan “aspirasi” telah berkali-kali digunakan dalam slogan dan manifesto GMUM.

Golongan mahasiswa ini tidak pernah mengelarkan dirinya sebagai “pro-pembangkang” tetapi lebih gemar untuk dikenali sebagai “pro-mahasiswa”, dan perkataan “aspirasi” ini merupakan trademark kepada golongan mahasiswa ini. Mereka yang berpihak dengan pengurusan universiti pula dikenali sebagai “pro-pengurusan”, dengan aktiviti-aktiviti mereka dibiayai atau dibantu oleh pihak pengurusan, khususnya oleh pihak HEP.

Kemudian mulai tahun 2003, perkataan ini mula di”hijack” oleh golongan mahasiswa pro-kerajaan, dengan perkataan “aspirasi” ini mula dikaitkan dengan golongan pro-pengurusan demi mengaburkan minda pengundi di kampus dengan bantuan media massa aliran utama seperti Utusan Malaysia. Sementara itu, golongan pro-mahasiswa pula dilabelkan golongan pro-pembangkang, salah satu pelabelan yang tidak benar dan tidak berasas, malahan langsung tidak beretika.

Lau Weng San

No comments: