Wednesday, September 14, 2005

Masalah infrastruktur sekolah bantuan modal, SJK(C) dan SJK(T) perlu ditangani.

Kematian seorang guru bernama Chan Boon Heng dari SJK(C) Keat Hwa di Jalan Kampung Perak akibat terjatuh dari tempat berketinggian 15m di salah satu bangunan sekolah telah menimbulkan persoalan terhadap keselamatan bangunan sekolah di negara ini, khususnya di SJK(C) dan SJK(T).

Memang telah menjadi pengetahuan orang ramai bahawa kebanyakkan SJK(C) dan SJK(T) sering menghadapi masalah kewangan sehingga kekurangan sumber kewangan untuk pembinaan infrastruktur yang selamat diguna.

MCA yang dikatakan sebagai wakil etnik Tionghua di negara memang telah gagal menangani masalah ini apabila Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Hon Choon Kin mengatakan bahawa beliau akan mengarahSJK(C) di negara ini untuk menyerahkan pelan struktur bangunan mereka sebelum pembinaan apa-apa jua bangunan dibenarkan.

Apa yang lebih penting sebenarnya ialah sumber kewangan. Penyerahan pelan struktur untuk kelulusan pihak Kementerian dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bukanlah masalah pokok yang perlu ditangani. Masalah pokok yang perlu dihadapi ialah ketidakadilan dalam peruntukkan pembangunan untuk SJK(C) dan SJK(T).

Mengikut statistik yang diberi oleh Menteri Pendidikan dalam soal jawab di siding Parlimen April ini,
Sehingga ke 31 Januari 2005, terdapat sejumlah 7595 sekolah rendah di Malaysia. Di antaranya terdapat 5755 Sekolah Kebangsaan (SK), 1287 SJK(C), 525 SJK(T) serta 25 buah sekolah khas.

Peruntukan pembangunan kepada SK dari tahun 2001 hingga 2005 ialah RM 4.9 billion ringgit, manakali untuk SJK(C) pula ialah RM 133.6 juta ringgit manakala untuk SJK(T) ialah RM 5.76 juta ringgit.

Ini bermakna secara puratanya setiap SK mendapat peruntukan pembangunan sebanyak RM 170 ribu setiap tahun. Bagi SJK(C) pula, setiap SJK(C) diperuntukkan sebanyak RM 20,761 untuk peruntukan pembangunannya setiap tahun. Setiap SJK(T) pula diperuntukkan sebanyak RM22,000 setiap tahun untuk peruntukan pembangunannya.

Peruntukan pembangunan yang sebegini tidak seimbang telah membongkarkan dasar pendidian kerajaan BN yang tidak adil dari segi peruntukan untuk pembangunan pendidikan. Dan apa yang dapat disimpulkan di sini ialah dasar yang tidak adil ini telah mengorbankan nyawaseorang guru. Sekiranya MCA dan Jawatankuasa Pendidikan Negeri Kedah masih tidak mengendah keseriousan masalah ini, maka perkara yang sama akan berlaku tidak lama lagi.

Lau Weng San
(13/9/2005)

No comments: