Saturday, October 09, 2010

Pusat Khidmat ADUN Kampung Tunku akan mengadakan pertandinngan bola keranjang bawah 21 tahun DUN Kampung Tunku

Pusat Khidmat ADUN Kampung Tunku akan mengadakan pertandingan bola keranjang DUN Kampung Tunku bawah 21 tahun di gelanggang bola keranjang Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Jalan SS3/14, Taman Universiti bermula 5 November hingga 7 November 2010.
Tujuan mengadakan pertandingan bola keranjang ini adalah untuk mempertingkatkan taraj permainan bola keranjang di DUN Kampung Tunku di samping membantu mempertingkatkan permainan bola keranjang di kalangan pemuda-pemudi di kawasan DUN Kampung Tunku.
Kami akan mendaftarkan sekurang-kurangnya 12 pasukan di mana kesemua 12 pasukan ini akan dibahagikan kepada empat kumpulan. Pendaftaran dibuka kepada semua pemuda berumur 21 tahun ke bawah yang bukan merupakan dan tidak pernah menjadi pemain kebangsaan, pemain negeri sama ke pertandingan Piala Agong atau Sukma.
Yuran pendaftarannya ialah RM200. Johan akan mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM700 dan piala pusingan, manakala naib johan akan mendapat hadiah wang tunai RM500 dan piala pusingan, tempat ketiga pula akan mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM300 dan piala pusingan dan tempat keempat akan mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM200 dan piala pusingan.
Persatuan Bola Keranjang Malaysia akan membantu menjadi pengadil kepada pertandingan ini. Kami akan menjalan 12 perlawanan di peringkat awal pada 5 dan 6 November. Pertandingan suku akhir, separuh akhir, tempat ketiga/keempat serta perlawanan akhir akan diadakan pada 7 November 2010.
Kami mengalukan-alukan semua pemuda yang berminat untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Mereka yang berminat boleh menghubungi Encik Michael Liew 018-2556266, Encik Ding Eow Chai 012-3910538 atau Encik Kow Yan Choy 012-2822323.
Sidang media ini turut dihadiri oleh Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Encik Tiong Boon Keong, pembantunya Encik Yap Chai Huat serta dua orang pembantu ADUN Kampung Tunku, Encik Dariff Din dan Encik Ning Sang.

No comments: