Kenyataan Media oleh
ADUN Kampung Tunku Lau Weng San pada 15 September 2015 di Petaling Jaya:
Mana-mana pihak yang
masih berangan-angan berpakat dengan PAS bakal dihukum para penyokong Pakatan
Rakyat kerana parti PAS semakin dilihat mengkhianati perjuangan Pakatan Rakyat
(PR) pada tahun 2013.
Justeru itu, pimpinan
Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu tegas dalam konteks ini, iaitu kemenangan
parti PAS, DAP dan PKR adalah berasaskan kepada komitmen ketiga-tiga parti ini
dalam menegakkan agenda perjuangan PR yang terkandung dalam pelbagai dokumen
dasar sejak tahun 2008 dan manifesto PRU13 PR.
Hasil permuafakatan ini
mempamerkan peningkatan kerusi DUN yang dipegang PR khususnys di Selangor dalam
PRU13 di mana PAS khususnya menang 15 kerusi DUN berbanding PRU12. PKR
sekurang-kurangnya dapat mempertahankan kesemua kerusi DUN yang dimenanginya
pada PRU12 jika tidak kerana persaingan tiga penjuru di DUN Semenyih dan Kota
Damansara, apabila persaingan tiga penjuru di DUN Kota Damansara sepatutnya
boleh dielakkan kalua bukan kerana PAS meletakkan calonnya di situ.
Walaupun PKR menghadapi
cabaran getir dalam PRK DUN Kajang (berikutan krisis MB) dan PRK Permatang Pauh
(berikutan boikot jentera PAS Pulau Pinang), tetapi PKR pada keseluruhannya masih
dapat mengekalkan kedudukannya disebabkan komitmennya untuk melawan kezaliman
UMNO dan BN.
Pada masa apabila
negara kita dilanda krisis ekonomi dan rakyat perlbagai kaum semakin muak
dengan alasan-alasan yang diberi oleh Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO berkenaan
dengan skandal RM2.6 bilion wang “derma”, sikap dan pendirian pimpinan PAS
kelihatan agah goyah dan lemah. Malahan Presidennya pernah berkata bahawa jawatan
Perdana Menteri yang dipikul Najib Razak sekarang tidak harus ditukar kerana “beliau
dipilih rakyat” sedangkan BN telah disifatkan sebagai sebuah kerajaan minority
kerana hanya mendapat peratusan undi sebanyak 47% sehaja.
Maka mana-mana parti
yang menang atas tiket PR pada PRU13 tetapi sekarang kelihatan berpaling tadah
dan ingin mengekalkan kedudukan Najib dan UMNO pasti akan dihukum rakyat dan menerima
padah yang perit. Maka sekutu-sekutunya barangkali akan menerima padah yang
sama.
Justeru itu, saya
menyeru pimpinan PKR supaya tegas dengan PAS dalam isu PR2.0 dan tidak sekali-kala
bertolak-dalih kerana ini hanya kelihatan oleh rakyat sebagai telah menggadaikan
perjuangan rakyat atas pertimbangan-pertimbangan yang tidak rasional.
Lau Weng San
No comments:
Post a Comment