Thursday, March 05, 2020

Soalan-soalan lisan dan bertulis yang dikemukan oleh Lau Weng San dalam Mesyuarat DUN Selangor Pertama Penggal Ketiga DUN ke-14 tahun 2020

Soalan Bertulis
1. Kutipan cukai petak.
a. Apakah sasaran kutipan cukai petak untuk tahun 2020 dan 2019?
b. Berapakah banyak telah dikutip sehingga sekarang untuk tahun 2020 dan jumlah kutipan untuk tahun 2019?
c. Berapakah banyak jumlah keseluruhan telah dikutip sejak permulaan sehingga sekarang?

2. Kutipan cukai tanah dan premium.
a. Apakah sasaran kutipan kedua-dua cukai tanah dan premium untuk tahun 2020 dan 2019?
b. Berapakah banyak yang telah dikutip oleh kerajaan sehingga sekarang untuk tahun 2020 dan jumlah kutipan keseluruhan untuk tahun 2019?

3. Pembinaan bonggol jalan untuk jalan-jalan JKR.
a. Apakah garis panduan yang perlu dipatuhi untuk membina bonggol-bonggol di jalan negeri dan jalan persekutuan yang diselenggara oleh JKR?
b. Apakah spesifikasi pembinaan bonggol ini? Sila lampirkan lukisan spesifikasinya
c. Apakah anggaran jabatan untuk membina setiap satu bonggol jalan ini mengikut spesifikasi ini?

4. Hospital Banting.
a. Berapakah banyak peruntukan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kerja Raya untuk pembinaan semula dan naiktaraf Hospital Banting?
b. Berapa banyak peruntukan ini telah dibayar kepada kontraktor dan apakah perkembangan terkini projek ini?

5. Klinik Kesihatan di DUN Banting.
a. Berapakah banyak peruntukan telah diperuntukkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menaiktaraf dan memperbaiki keadaan infrastruktur Klinik Kesihatan Teluk Datuk dan Jenjarom sejak tahun 2013 hingga sekarang?

6. Kamera untuk pegawai penguatkuasa PBT.
a. Adakah kamera untuk pegawai pengkuatkuasa akan dilaksanakan di seluruh PBT di Selangor dan berapa banyak peruntukan akan diperlukan untuk kelengkapan ini?
b. Adakah pihak Kerajaan akan menampung keseluruhan perbelanjaan ini atau ianya akan ditanggung oleh PBT masing-masing?

7. Pengeluaran warta Hutan Simpan Kuala Langat Utara.
a. Apakah prosidur yang perlu dipatuhi untuk mengeluarkan sesuatu warta hutan simpan?
b. Apakah kerosakan yang telah berlaku di Hutan Simpan Kuala Langat Utara ini sehingga ianya tidak berbaloi untuk dikekalkan sebagai Hutan Simpan?

8. Permit kegunaan untuk aktiviti pertanian di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan.
a. Apakah perkembangan terkini untuk perkara ini memandangkan perkara ini pernah dibincangkan di pihak MMKN tetapi masih belum apa-apa keputusan terkini?

9. Prestasi KDEBWM di Selangor.
a. Adakah terdapat satu set parameter yang digunakan untuk menilai prestasi KDEBWM di Selangor dan di setiap PBT?
b. Berapa banyak NTC dan denda atau potongan pembayaran yang dikenakan terhadap KDEBWM mengikut PBT?
c. Adakah KDEBWM akan memperluaskan operasinya di luar Selangor?

10. Pemutihan kilang tanpa izin.
a. Berapakah banyakkah jumlah kilang tanpa izin di Selangor yang masih belum diputihkan sehingga sekarang?
b. Berapakah banyak permohonan telah diterima, masih diproses dan telah diluluskan di setiap Pejabat Tanah sehingga sekarang?

Soalan Lisan
1. Kehadiran MPKK Kampung Baru dan Kampung Tradisi di Kuala Langat.
a. Senarai semua program dan aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dan Pejabat Daerah Kuala Langat sejak tahun 2018 sehingga sekarang di mana Pengerusi-pengerusi MPKK adalah dijemput hadir?
b. Apakah kehadiran pengerusi-pengerusi ini?
c. Senaraikan bilangan minit mesyuarat yang diterima oleh setiap MPKK sehingga sekarang?

2. Prestasi Ahli-ahli Majlis.
a. Nyatakan kehadiran setiap Ahli Majlis dalam mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Penuh Majlis di Selangor selain MDKL dan MBPJ bermula Julai 2018 hingga sekarang.
b. Nyatakan peratusan kegunaan peruntukan zon untuk setiap Ahli Majlis di Selangor selain MDKL dan MBPJ bermula Julai 2018 hingga sekarang.

3. Prestasi YDP, TYDP Datuk Bandar dan Timbalan Datuk Bandar PBT.
a. Nyatakan kehadiran setiap YDP, TYDP, Datuk Bandar dan Timbalan Datuk Bandar dalam mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Penuh Majlis di Selangor selain MDKL dan MBPJ bermula Julai 2018 hingga sekarang.
b. Berikan latar belakang akademik dan jawatan-jawatan yang pernah disandang oleh pegawai-pegawai ini sebelum dilantik ke jawatan sekarang.

4. Rumah prihatin.
a. Senaraikan bilangan rumah prihatin yang bernilai tidak melebihi RM30,000 yang telah dibina di Kuala Langat sejak tahun 2013 hingga sekarang. Sila beri senarai penuh mengikut tahun.

5. Infrastruktur sukan di bawah portfolio Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan.
a. Senaraikan setiap satu peruntukan yang diproses di bawah portfolio Jawatankuasa Tetap ini untuk tujuan penyelenggaraan dan naiktaraf infrastruktur sukan di setiap daerah untuk setiap tahun sejak tahun 2013 sehingga sekarang.

6. Penyelenggaraan dewan orang ramai di bawah Pejabat Daerah Kuala Langat.
a. Senaraikan jumlah Dewan Orang Ramai (DOR) yang masih diletakkan di bawah bidang kuasa dan penyelenggaraan Pejabat Daerah Kuala Langat sehingga sekarang.
b. Terangkan secara ringkas kerosakan yang ada pada setiap DOR ini serta kos pembaikan.
c. Apakah status terkini berkenaan arahan untuk menyerah peruntukan dan tugas penyelenggaraan DOR ini kepada MDKL?

7. Projek penukargantian paip air.
a. Berapakah peruntukan yang telah diluluskan untuk menukarganti paip air lama untuk tahun 2020?
b. Senaraikan projek-projek penukargantian paip air yang telah diluluskan untuk tahun 2020 dan sudah bermula?
c. Senaraikan juga projek-projek penukargantian paip air yang telah bermula pada tahun 2019 tetapi masih belum selesai sehingga sekarang.

8. Permohonan baru program-program IPR
a. Berapakah banyak permohonan baru yang telah diterima sehingga sekarang untuk program Kasih Ibu Smart Selangor, Peduli Sihat dan Anak Istimewa Selangor (ANIS) mengikut DUN?
b. Berapakah banyak pula permohonan yang telah diluluskan untuk setiap DUN?

9. Peruntukan Program Tuisyen Rakyat Selangor
a. Berapakah banyak peruntukan telah diperuntukkan untuk tahun 2019 dan 2020 bagi program PTRS?
b. Berikah pecahan kepada setiap satu kegunaan peruntukan untuk kedua-dua tahun ini?

10. Bangunan Baru MDKL/MPKL
a. Berapakah peratusan siap dan situasi terkini bangunan baru MDKL ini sehingga sekarang?
b. Apakah keputusan dan arahan terkini daripada kerajaan negeri dan MDKL?

No comments: