请点击上面的“谷歌广告”以示对此博客的支持。谢谢!
Please click "Google Ad" on top to support this blog. Thank you!
I don't have to say much here. Please visit here and here.
Or you can go to the Parliament's website to download the hansard of the day when UMNO MP for Parit Sulung made the remarks on 29th October 2007. The extract of the remarks are as follow:
Tuan Syed Hood bin Syed Edros [Parit Sulong]: …Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu perkara tentang Kementerian Pelajaran iaitu sekolah-sekolah mubaligh seperti Convent, La Salle, Methodist dan sebagainya. Saya difahamkan Lembaga Pengarah di sekolah-sekolah ini sebahagiannya ditadbir dari gereja-gereja di luar negara seperti di Vatican City. Saya juga difahamkan permohonan untuk membina surau di sebahagian sekolah-sekolah ini terpaksa mendapat kebenaran daripada Lembaga Pengarah yang mana Lembaga Pengarah ini sebahagiannya ditadbir oleh gereja.
Jadi amat memalukanlah, bagi diri saya, tentang pentadbiran sekolah-sekolah ini yang masih lagi dikawal oleh pihak gereja. Begitu juga saya difahamkan tentang iklim sekolah-sekolah tersebut, banyak ibu bapa Islam menghantar anak-anak mereka ke sana, mereka kompelin sebab ada kalanya sekolah dimulakan dengan lagu-lagu gereja. Ini saya tidak tahu benar atau tidak, tetapi ia apa yang saya dapat daripada ibu bapa sendiri tetapi yang jelas di sekolah-sekolah ini terpampang simbol-simbol agama. Saya rasa kecewa di dalam negara Islam, Malaysia ini, kalau saya pergi ke sekolah convent, ada terpampang patung St. Mary di depandepan sekolah convent...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Bangun]
Tuan Syed Hood bin Syed Edros [Parit Sulong]: Silakan Yang Berhormat bagi Sri Gading.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat bagi Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Bagi saya sudah tidak terkejut, Yang Berhormat bagi Parit Sulong, cerita ini... [Disampuk] Bukan soal biasa. Soalnya kenapa boleh berlaku seperti ini? Satu. Hari Raya yang lepas, saya diberitahu oleh seorang bapa, waktu Aidilfitri disambut, sekolah jenis-jenis ini tidak ditutup. Terima kasih.
Tuan Syed Hood bin Syed Edros [Parit Sulong]: Bukan sahaja patung, tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat pergilah, tengoklah salib Kristian diletakkan di depan-depan sekolah. Saya tidak faham Kementerian Pelajaran, adakah pegawai-pegawai tidak nampak atau memang dasar kita membenarkan perkara ini. Walau bagaimanapun, saya sebagai orang yang bertanggungjawab kepada diri saya, agama, bangsa dan tanah air ini, saya menyatakan pendirian saya bahawa patung-patung ini hendaklah dirobohkan, salib-salib ini hendaklah dimusnahkan dan pengaruhpengaruh gereja di sekolah-sekolah ini hendaklah dihentikan. Begitu juga dana yang dikumpulkan di sekolah-sekolah ini. Adakah kita mendapat laporan? Kalau boleh kementerian mendedahkan dana sekolah-sekolah ini. Saya difahamkan ada sekolah-sekolah ini juga ditaja oleh pihak-pihak gereja. Dana-dananya datang daripada gereja-gereja dan adakah pihak kementerian pantau sumber-sumbernya? Adakah audit-audit dilaksanakan?
No comments:
Post a Comment