KELANA JAYA: Kewujudan menara telekomunikasi di Taman Subang, di sini, mengundang kebimbangan dan kemarahan penduduk kawasan perumahan itu.
Mana tidaknya, sejak menara berkenaan didirikan lebih 10 tahun lalu, penduduk mendakwa hampir 20 orang di kalangan mereka menderita akibat diserang kanser dengan tiga daripada mereka sudah meninggal dunia.
Paling mengejutkan, empat orang tinggal di deretan rumah sama disahkan menghidap kanser selain satu lagi kes membabitkan tiga sekeluarga turut diserang penyakit berbahaya itu.
Penduduk juga mendakwa ramai sedang bertarung nyawa selepas diserang leukemia, barah otak dan penyakit lain, dipercayai akibat terus- menerus menyerap gelombang radiasi tinggi yang dihasilkan ‘menara maut’ itu.
Bagi penduduk taman perumahan itu terutama yang tinggal di Jalan SS 3/43 dan SS 3/49, gejala seperti pening kepala, mual, kegelisahan, kemurungan dan pelbagai simptom lain menjadi perkara biasa yang terpaksa dilalui setiap seorang daripada mereka setiap hari, setiap kali berada di rumah.
Malah, simptom mual dan pening kepala turut dirasai wartawan serta jurugambar akhbar ini setiap kali datang ke tempat berkenaan bagi membuat siasatan dan liputan sejak lebih sebulan lalu.
Difahamkan, menara setinggi bangunan lima tingkat itu dimiliki syarikat telekomunikasi terkemuka serta turut dikongsi syarikat lain.
Memang mudah memahami keluhan penduduk kerana menara berkenaan wujud terlalu hampir yang jaraknya cuma sekitar 10 hingga 20 meter dari rumah mereka dengan pelbagai peralatan seperti antena dan cakera pemantul gelombang yang jumlahnya semakin banyak dipasang. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan jarak menara telekomunikasi perlu sekurang-kurangnya 150 meter dari rumah penduduk.
Kewujudannya juga menjadi tanda tanya berikutan ia didirikan hampir 20 tahun selepas taman perumahan terbabit dimajukan selain dibangunkan di tengah kawasan perumahan.
Tidak cukup dengan itu, penduduk mengeluh kerana banyak peralatan elektrik dan elektronik rosak dipercayai menara itu membiaskan kilat ke rumah ketika cuaca buruk selain ‘perit telinga’ mendengar bunyi bising peralatan yang dipasang pada menara berkenaan.
Berikutan tidak puas hati dengan situasi berkenaan, penduduk beberapa kali menghantar surat bantahan kepada pelbagai pihak sejak 2001 tetapi tidak diendahkan, manakala segelintir terpaksa berpindah kerana tidak tahan menghadapi pelbagai risiko dari menara itu.
Harian Metro menemubual beberapa penduduk yang disahkan menghidap kanser. Mereka mendakwa diserang penyakit berkenaan sejak menara itu wujud.
Zainal Othman, 67, berkata dia, isteri dan sepupunya yang tinggal serumah terpaksa menjalani rawatan kimoterapi selepas ketiga-tiga mereka diserang kanser.
“Saya disahkan hidap kanser usus pada 2005, manakala isteri, Zahrah Othman, 66, kira-kira 10 tahun lalu diserang kanser usus sebelum merebak ke hati dan perlu menjalani enam sesi rawatan kimoterapi. Sepupu kami, Sitam Mansur, 60, pula menderita akibat kanser payudara. Sehingga kini rawatan kimoterapi kami belum selesai,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Manakala bagi Zahrah, keadaan berkenaan sedikit sebanyak menyukarkan mereka untuk menguruskan kehidupan seharian.
“Kami dah tua dan sakit pula. Mujur ada anak-anak yang sering menjenguk dan membantu apa yang patut,” katanya sayu.
Bagi Arifin Awang, 66, dia hampir maut selepas diserang kanser hidung dua tahun lalu dan yakin ia disebabkan radiasi dikaitkan menara berkenaan.
“Sebelum kewujudan menara itu, saya tak pernah dengar gangguan kesihatan serius dialami penduduk, tetapi sejak didirikan, sudah lima orang mati akibat kanser dan leukimia. Malah, tiga jiran yang tinggal selang beberapa rumah dengan saya di Jalan SS 3/49 turut diserang kanser. Mustahil penyakit ini menyerang secara kebetulan kerana jumlahnya terlalu ramai,” katanya.
Warga emas itu berkata, dia risau keadaan menjadi bertambah buruk jika menara yang diibaratkan seperti ‘pembunuh senyap’ itu dibiarkan beroperasi.
“Ramai penduduk adalah pesara dan mempunyai anak cucu yang sering melawat dan tinggal di rumah kami. Takkan nak tunggu semua jadi korban baru ada pihak nak bertindak?” katanya.
Wakil persatuan penduduk, Zainal Abidin Talib, 60, berkata dia kecewa dan seperti diperlekehkan selepas berpucuk-pucuk surat yang dihantar kepada pihak berkuasa tidak menerima balasan.
Gabriel J Abraham pula berkata, banyak kelengkapan elektrik di rumahnya rosak setiap kali berlaku kilat di kawasan perumahan itu.
“Saya cabut palam pada peralatan elektrik bila ada kilat kerana sebelum ini banyak barang seperti komputer dan televisyen rosak. Bukan saya saja yang mengalaminya, ramai penduduk mengadu mengalami masalah sama,” katanya.

No comments:
Post a Comment