Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid telah semalam meminta pengendali Radio Selangor FM untuk memberi jawapan dalam masa seminggu sama ada akan Kerajaan Negeri Selangor dapat menyampaikan mesej-mesejnya ke udara atau tidak. Jikalau jawapannya adalah tidak, maka Radio Selangor FM harus berpindah daripada Bangunan SUK Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam.
Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek juga telah pada hari yang sama mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor dimana beliau menegur Khalid sebagai kemeruk kuasa dan RTM tidak akan tunduk kepada ancaman.
Ahmad Shabery Cheek juga memberi alasan bahawa peraturan untuk memberi slot selama satu jam kepada kerajaan negeri untuk mengudarakan mesej-mesejnya tidak pernah dipaksa oleh kerajaan-kerajaan negeri yang lain terhadap radio negeri masing-masing.
Biarpun Radio Selangor FM terletak di bawah Jabatan Penerangan dan menjalankan penyiarannya dari Tingkat 4 Bangunan SUK Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam, tetapi Radio Selangor FM masih tidak dapat lari daripada objektif-objektifnya yang mana objektifnya yang pertama adalah untuk “menerangkan secara mendalam dan dengan liputan seluas-luasnya dasar-dasar dan rancangan-rancangan kerajaan bagi membolehkan rakyat memahami dengan tepat dan sepenuhnya dasar dan rancangan tersebut.”
Saya bersetuju dengan kenyataan Ahmad Shabery, bahawa isu ini bukan sejam atau dua jam masa siaran. Biarpun begitu, masalahnya ialah, jikalau Radio Selangor FM masih ingin menjalankan siarannya atas nama “Selangor”, maka seharusnya radio ini memberi ruangan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk menjelaskan dasar-dasarnya melalui siaran radio.
Lebih-lebih lagi ini merupakan salah satu objektif Jabatan Penerangan melainkan jika Ahmad Shabery enggan mengiktiraf Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan Negeri Selangor yang sah. Jika Ahmad Shabery berpendirian sedemikian, maka adalah lebih baik Ahmad Shabery menukar sahaja nama Radio Selangor FM ke “Bukan Radio Selangor FM”.
Apa yang ingin disampaikan ialah tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk memperjelaskan dasar-dasarnya kepada rakyat melalui siaran radio merupakan sesuatu yang semamangnya wajar dilakukan. Malahan, Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat juga tidak akan menghalang BN Selangor untuk menggunakan saluran yang sama untuk berbuat demikian.
Masalah pokoknya ialah kedua-dua pihak harus diberi hak saksama untuk menyampaikan mesej masing-masing kepada rakyat.
Semasa Ahmad Shabery mula-mula menyadang jawatan Menteri Penerangan, beliau pernah mengumunkan bahawa kementeriannya akan berjumpa dengan para blogger. Tidak lama kemudian, beliau menyatakan bahawa blogger akan diberi peluang untuk membincangkan isu-isu semasa melalui RTM selama 20 minit seminggu mulai 20hb April 2008.
Ini yang seharusnya dilihat sebagai pembuka ruangan kebebasan media telah tiba-tiba habis berkecai apabila Ahmad Shabery mengulas Khalid Ibrahim sebagai kemurak kuasa.
Adalah perlu untuk seluruh rakyat Malaysia menilai kembali dengan berhati-hati janji-janji manis Ahmad Shabery untuk ruangan kebebasan media yang lebih besar di Malaysia.

No comments:
Post a Comment