TAJUK: Urusan kewangan Balkis
PORTFOLIO: Hal ehwal wanita
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Apakah siasatan terbaru daripada Pendaftar Pertubuhan terhadap pembubaran Balkis, urusan-urusan tanah dan kewangannya?
b) Apakah tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang menyalahgunakan kuasa khususnya pemindahan wang RM9.9 juta?
c) Meminta satu senarai penuh aktiviti Balkis dari tahun 2004 hingga 2007.
TAJUK: Kes rasuah pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri
PORTFOLIO: Kewangan
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Adakah kerajaan bersedia untuk membentangkan satu laporan kertas putih di Dewan Undangan Negeri untuk menerangkan skandal-skandal rasuah yang melibatkan pegawai-pegawai atasan kerajaan Selangor yang lalu?
b) Berapa kalikah BPR pernah memberi laporan bertulis terhadap siasatan-siasatan ini kepada kerajaan?
TAJUK: Penternakan babi di Tumbuk
PORTFOLIO: Permodenan pertanian
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Sila memberikan fakta-fakta bagaimana ladang penternakan moden babi di Tumbuk akan memperbaiki pencemaran alam sekitar sekarang.
b) Adakah model penternakan yang sama akan diadakan untuk lembu, ayam, itik, kamping dan sebagainya?
TAJUK: Masalah program “Setinggan Sifar”
PORTFOLIO: Setinggan
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Bagaimanakah kerajaan negeri membantu mereka yang gagal mendapat rumah kos rendah akibat penyelewengan atau kesilapan lalu untuk mendapat rumah baru?
b) Apakah dasar-dasar baru yang akan diketengahkan oleh kerajaan negeri agar kelemahan-kelemahan dasar yang lalu, contohnya Setinggan Sifar, dapat diatasi?
TAJUK: Pilihanraya kerajaan tempatan
PORTFOLIO: Kerajaan Tempatan
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Adakah satu jadual waktu telah ditentukan untuk memulihkan pilihanraya kerajaan tempatan dan halangan-halangan dihadapi?
b) Bagaimana kerajaan negeri dapat mempertingkatkan ketelusan, kebertanggungjawaban dan pentadbiran baik di PBT jikalau ianya masih belum dipulihkan dalam jangka masa ditentukan?
TAJUK: Menara telekomunikasi haram
PORTFOLIO: Pengurusan bangunan
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Menerangkan prosedur-prosedur mendirikan menara pemancar telekomunikasi di negeri Selangor dan prosedur aduannya.
b) Apakah peranan yang dimainkan oleh Kumpulan Jaringan Selangor dalam mendirikan menara-menara pemancar telekomunikasi?
c) Bagaimana orang ramai dapat mengenalpasti bahawa sesebuah menara itu sah atau tidak?
TAJUK: Perbelanjaan Pejabat Menteri Besar untuk calon-calon pilihanraya IPTA
PORTFOLIO: Pendidikan tinggi
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Berapa banyak jumlahnya yang telah dibelanjakan oleh Pejabat Menteri Besar untuk calon-calon dalam pilihanraya kampus di IPTA tempatan dari tahun 2004 hingga 2007?
b) Meminta satu senarai selengkap yang mungkin berkenaan dengan pecahan-pecahan perbelanjaan ini.
TAJUK: Perjanjian penyerahan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
PORTFOLIO: Lain-lain
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Apakah faedah yang akan diberi kepada Selangor mengikut perjanjian apabila kerajaan Selangor menyerah Kuala Lumpur dan Putrajaya kepada kerajaan Persekutuan sebagai Wilayah Persekutuan?
b) Setakat manakah syarat-syarat perjanjian ini dipatuhi oleh kedua-dua pihak?
TAJUK: Tanah Kuil Hindu di Kampung Aman, Petaling Jaya
PORTFOLIO: Pembangunan Tanah
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Bolehkah kerajaan menjamin supaya Kuil Hindu Sri Maha Mariamman Kampung Aman, Petaling Jaya, akan diberi satu tempat untuk mendirikan kuil mereka?
b) Sama ada masih terdapat tanah kerajaan yang boleh diperuntukkan kepada pembinaan kui Hindu ini di Daerah Petaling?
TAJUK: Dewan terbiar di DUN Kampung Tunku
PORTFOLIO: Pengurusan bangunan
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Dewan terbiar di Jalan SS1/1 Kampung Tunku telah menjadi tempat penagih dadah. Adakah dewan itu akan diroboh dan apakah penyelesaian MBPJ untuk mengatasi masalah ini?
b) Terdapat struktur yang sama di Jalan 20/24. Mengapakah MBPJ tidak merobohkan struktur itu?
PUSAT KHIDMAT ADN BANTING
NO. 81, TINGKAT 1, JALAN TELUK BUNUT, TAMAN DELIMA, 42700 BANTING.
TEL: +6-012-6834724, +6-012-6924724,
EMAIL: lauwengsan@gmail.com
https://linktr.ee/lauwengsan
Service centre hour: 9am to 5pm (Monday to Friday)
Wednesday, April 30, 2008
PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN LAU WENG SAN (KAMPUNG TUNKU)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment