Saya berasa ganjil dan aneh apabila skandal yang melibatkan pemindahan dana sebanyak RM9.9 juta kepunyaan Persatuan Isteri-isteri ADUN dan Ahli Parlimen Selangor atau nama singkatan Balkis yang dipindahkan kepada Bakti (persatuan yang sama di peringkat persekutuan) dijawab dengan tanpa segan silu oleh Bekas Menteri Besar Selangor dan ADUN Sungai Panjang, Dato’ Seri Dr.Mohamad Khir Toyo.
Pemusykilan pertama ialah, mengapakah Pengerusi Balkis, Datin Seri Zaharah Kechik sendiri tidak memperjelaskan perkara ini apabila perkara ini dilaporkan sebagai berita muka pertama oleh akhbar harian Bahasa Inggeris, The Sun?
Yang kedua, bagaimana Khir Toyo dapat mengatakan bahawa pembubaran Balkis adalah sah di sisi undang-undang apabila Mesyuarat Agung Tergempar yang diadakan pada 11 March telah membuat keputusan ini sedangkan ianya barisan Exco Balkis pada hari itu seharusnya membincangkan pemindahan kuasa dan aset Balkis kepada barisan Exco yang baru?
Ketiga, ianya merupakan satu kes penyalahgunaan kuasa apabila Exco Balkis melanggari peraturan dengan memindahkan dana sebanyak RM9.9 juta kepada Bakti apabila mengikut perlembagaan Balkis, dana ini sepatutnya disalurkan kepada Kerajaan atau tabung yang didirikan oleh Kerajaan dengan kelulusan daripada Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), lebih-lebih lagi sebahagian dana ini merupakan wang derma daripada Kerajaan Negeri Selangor?
Dr Khir Toyo tidak seharusnya mengaburi mata dengan jawapan-jawapan yang bukan-bukan ini. Adalah lebih baik untuk beliau meminta Pengerusi Balkis yang lama, iaitu isterinya sendiri, Datin Seri Zaharah Kechik menyerahkan wang yang besar ini agar Balkis boleh berfungsi sebagai badan amal yang berkesan dalam membantu golongan rakyat miskin dan terpinggir di Selangor.
Sebagai seorang ADUN, saya akan membangkitkan isu ini dalam persidangan DUN yang akan datang pada 21 Mei 2008 nanti.

2 comments:
let khir toyo bull shit himself for now...
make sure selangor gov check on this issue properly,don't let greedy KT & wife get out easily k...
jia you!!
I would like to proposed to setting-up a SICAC "Selangor Independent Commission of Anti Corruption.
Post a Comment