Ucapan (2) perbahasan bajet (belanjawan) Kerajaan Selangor 2009 peringkat jawatankuasa
Mukasurat: 144Maksud Bekalan: B03 Dewan Negeri SelangorButiran: 505000 Pentadbiran dan kewanganKod: 12000 Elaun tetap
Saya mendapati bahawa Dewan kita menjadi semakin aktif dan vibrant dalam memperbahaskan isu-isu yang berkaitan dengan negeri Selangor dan Malaysia. Malahan standard perbahasan yang ditonjolkan oleh Ahli-ahli Dewan, jika tidak melebihi Dewan Rakyat, sekurang-kurangnya standing dengan Dewan Rakyat.
Selepas sidang Dewan kali ini, saya menjangkakan bahawa kita akan mempunyai lebih banyak Jawatankuasa Pilihan Khas dan mesyuarat-mesyuarat pelbagai jawatankuasa juga akan bertambah.
Tambahan lagi, jawatankuasa-jawatankuasa seperti PAC dan SELCAT kadang-kala melibatkan aktiviti siasatan dan lawatan, maka perbelanjaannya sudah pasti akan bertambah. Oleh itu, saya tidak pasti sama ada unjuran output yang diterangkan seperti di muka surat 142 hingga 143 ini merupakan unjuran yang tepat atau tidak.
Saya memohon supaya angka-angka output ini dapat dipertimbangkan.
Mukasurat: 144Maksud Bekalan: B03 Dewan Negeri SelangorButiran: 505000 Pentadbiran dan kewanganKod: 11000 Gaji dan upahan
Selain itu, saya juga ingin menyentuh tentang jawapan-jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan lisan dan bertulis kepada ADUN.
Saya berpendapat pemberian jawapan-jawapan bertulis kepada pertanyaan-pertanyaan dapat dipercepatkan dan bukannya dikirimkan kepada sebulan atau dua bulan selepas sidang berakhir.
Apa yang jelas ialah anggota-anggota Exco sudahpun mempunyai jawapan terhadap pertanyaan-pertanyaan kita setiap kali sebelum sidang dewan bermula dan saya tidak menampak sebarang sebab jawapan-jawapan bertulis boleh dilengah-lengahkan lagi.
Di sini saya memohon supaya dalam masa seminggu selepas sidang dewan berakhir, kami boleh menerima jawapan ini dalam bentuk elektronik atau bercetak untuk memudahkan kita memperjelaskan kepada penduduk-penduduk di kawasan kami.
Kalau di Dewan Rakyat, jikalau sesuatu soalan lisan itu tidak dijawab pada hari itu, soalan itu akan dijadikan sebagai soalan bertulis dan jawapannya akan dihantar kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat pada petang hari itu ataupun keesokannya hari.
Saya juga ingin memohon supaya setiap ADUN diberi sekeping CD rakaman video persidangan yang lalu. Kadang-kala kita sebagai ADUN memerlukan CD ini untuk simpanan peribadi kita dan adalah amat susah untuk kita memuat-turun daripada laman web. Oleh itu, saya menyaran supaya CD rakaman video ini dibekalkan.
Saya berharap barisan Exco perlu mengemaskan masalah ini memandangkan perjalanan Dewan ini semakin rancak.
No comments:
Post a Comment