Wednesday, October 29, 2008

Pemilihan Naib Canselor UNISel harus berasakan kelayakan akademik

[Ucapan perbahasan (3) Halatuju Perancangan Pembangunan Selangor 2025 oleh ADUN Kampung Tunku Lau Weng San pada 29 Oktober 2008 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Shah Alam:]

Saya juga ingin bertanya apakah wawasan yang kita ada untuk UNISEL untuk unjuran 20 tahun yang akan datang. Adakah kita akan menjadikan universiti ini sebagai sebuah universiti “multi-disciplinary” ataupun universiti teknikal sahaja?

Apakah kriteria-kriteria yang telah ditetapkan untuk memilih Naib Canselor ini? Adalah kerajaan bercadang untuk membentuk sebuah Search Committee untuk mencari dan memilih calon Naib Canselor yang paling sesuai untuk UNISEL?

Pemilihan calon jawatan Naib Canselor perlu mempertimbangkan semua calon tanpa mengira keturunan, bangsa, latar belakang dan sebagainya dengan hanya berpandukan kepada kekuatan akademik yang ada pada seseorang calon itu.

No comments: