Tuesday, October 28, 2008

PKNS perlu dipimpim oleh individu yang kompetens


[Ucapan dasar semasa membahas Usul Anggaran Peruntukan Pembangunan 2009 pada 28 Oktober 2008 di Shah Alam]

Dasar setinggan sifar telah dilancarkan untuk menempatkan semula kawasan-kawasan penempatan peneroka bandar. 

Dasar ini sebenarnya tidak mampu menyelesaikan masalah perumahan rakyat Selangor. Apa yang menjadi masalah sekarang ialah kita harus menjadikan rakyat negeri Selangor mampu memiliki rumah sendiri sama ada seseorang itu kaya atau tidak.

Ini adalah amat penting untuk mereka yang berpendapatan rendah, iaitu golongan yang berpendapatan kurang daripada RM1500 sebulan. Kerajaan harus diingatkan bahawa meskipun rumah telah diperuntukkan kepada peneroka-peneroka bandar, masih ramai lagi yang berasal daripada keluarga kedua dan ketiga yang masih menduduki rumah sewa dan tidak mampu membeli rumah-rumah teres atau kondominium kos serdehana yang sudah mencecah lebih daripada RM250 ribu di kawasan-kawasan seperti Ampang Jaya, Selayang, Petaling Jaya, Subang Jaya. Terdapat juga mereka yang bukan berasal daripada keluarga peneroka bandar tetapi menetap di rumah sewa turun-temurun. Malahan saya mengetahui ada di kalangan ADUN yang masih menduduki di rumah sewa.

Saya menyarankan supaya kerajaan memastikan PKNS memainkan peranannya untuk menyediakan rumah yang mampu dimiliki oleh seluruh rakyat Selangor yang bukan sahaja berasal daripada keluarga berpendapatan rendah, malahan golongan yang berasal daripada keluarga berpendapatan sederhana rendah.

Maka dengan itu, perlantikan seorang pengurus besar sementara yang berkaliber amat diperlukan dan pelantikan pengurus besar sementara yang ada sekarang oleh Dato’ Menteri Besar adalah tepat pada masanya. Kita perlu memastikan supaya seseorang yang dilantik untuk menyandang jawatan ini merupakan seseorang yang berkemampuan untuk menepati sasaran ini tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan jantinanya.

PKNS merupakan sebuah anak syarikat kerajaan negeri dan PKNS perlu bertanggungjawab kepada semua rakyat Selangor dan bukan puak-puak tertentu sahaja. Sebagai contoh, negeri Selangor mempunyai jumlah penduduk sebanyak 5 juta orang dan hampir separuh daripadanya ialah warga bukan Bumiputera. Adalah tidak masuk akal untuk kita menjadikan sebuah anak syarikat kerajaan itu sebagai sebuah syarikat yang memperjuangkan agenda-agenda sesetengah masyarakat sahaja padahalnya separuh daripada rakyat Selangor ialah golongan bukan Bumiputera.

Apa sekalipun, kita mesti memastikan mereka yang dilantik ke jawatan-jawatan ini mampu melaksanakan dasar-dasar kerajaan seperti konsep Negara Berkebajikan, konsep C.A.T (dimana “C” bermakna competence) dan konsep Negara Berkebajikan.

Justeru itu, saya mencadangkan supaya Jabatan memperuntukkan sebidang tanah di sekitar Petaling Jaya, Sungai Buluh, Shah Alam dan Subang Jaya yang dilengkapi dengan sistem pengangkutan transit untuk tujuan pembinaan perumahan rakyat. 

Kita telah melawat ke Singapura dan menyaksi dengan mata kita sendiri betapa majunya sistem perumahan rakyat oleh Singapore Housing Board (SHB). Oleh itu, sekarang sudah sampainya masa untuk kita menerjemahkan wawasan kita dalam bentuk tindakan.

1 comment:

Unknown said...

It was reported PAS show unhappy that PKNS is led by non bumiputra. Is PKNS only for bumiputra and not for the benefit of Selangor people? In the first place it is the bumiputra whom are stealing from their own people as testified by Khalid that few senior officers own majority in a subsidiary company.Khalid has to be strong in his decision making and not waver by giving in by comprising to pressure that the newly appointed GM will be only for short tenure until a suitable bumiputra is found. To this PAS is frantically looking for a bumiputra candidate as replacement.If I were the GM knowing that I will be warming the seat for their own peole to take over, why should I implement any new policies or do my best? Might as well take gaji buta and let the state government waste fund.