I am at public transportation mode today. I arrived at KTM Seri Setia Komuter Station at about 9:32am today.
I missed the train at 9:40am, thinking that the train is a female coach. I took the next train at 9:55am and arrived at KTM Shah Alam Station at about 10:19am.
After that, I took the Selangorku free bus offered by MBSA, SA01 which departed the KTM station at the same time.
I arrived at SUK Gate 1, my destination at about 10:27am, approximately 7 minutes later, to attend the Selangor State Legislative Assembly sitting.
Have I not missed the first KTM coach, I should have arrived ten minutes earlier at SUK today.
Yes, public transportation is a viable option. I am proving it to you.
#SA01
#PublicTransport
#BasSelangorku
PUSAT KHIDMAT ADN BANTING
NO. 81, TINGKAT 1, JALAN TELUK BUNUT, TAMAN DELIMA, 42700 BANTING.
TEL: +6-012-6834724, +6-012-6924724,
EMAIL: lauwengsan@gmail.com
https://linktr.ee/lauwengsan
Service centre hour: 9am to 5pm (Monday to Friday)
Thursday, March 31, 2016
Wednesday, March 30, 2016
Ucapan Membahas Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan DYMM Tuanku Sultan Selangor oleh ADUN Kampung Tunku Lau Weng San pada 31 Mac 2016 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam
Pendahuluan
1.
Salam
Sejahtera dan Salam Ubah diucapkan kepada semua ahli Yang Berhormat. Terima
kasih kepada Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada Kampung Tunku untuk
membahas Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Tuanku Sultan Selangor.
2.
Laporan
Bank Negara Malaysia Tahun 2015 telah memberi gambaran awal terhadap cabaran
yang bakal dihadapi oleh Malaysia pada tahun 2016, seperti harga komoditi yang
rendah, kadar inflasi yang meningkat disebabkan oleh kenaikan tol, pelaksanaan
cukai GST dan susut nilai Ringgit Malaysia serta keadaan ekenomi yang tidak
menentu di pasaran antarabangsa.
3.
Hutang
luar negeri berjumlah RM833.7 billion, bersamaan dengan USD192.2 bilion atau
72.1% daripada KDNK pada akhir tahun 2015 (akhir tahun 2014: RM747.5 bilion,
bersamaan dengan USD211.8 bilion atau 67.5% daripada KDNK). Peningkatan hutang
luar negeri disebabkan terutamanya oleh kesan penilaian daripada penyusutan
nilai ringgit berbanding dengan kebanyakan mata wang pada tahun 2015.
4.
Kemungkinan
Donald Trump untuk memenangi Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat
membimbangkan kerana pendiriannya yang agak kanan akan mencetuskan kontroversi
dan konflik yang lebih besar di seluruh dunia.
5.
Selain
itu, ancaman keganasan oleh puak pelampau turut menjejas kestabilan politik dan
ekonomi di seluruh dunia. Benua Eropah dilanda krisis pelarian akibat keganasan
yang berterusan di Timur Tengah. Kegiatan puak pelampau agama perlu dikekang di
peringkat akar umbi. Di sini kerajaan Selangor mempunyai peranan yang besar
kerana hal ehwal agama Islam adalah di bawah bidang tugas negeri.
6.
Sebagai
sebahagian daripada Persekutuan Malaysia, negeri Selangor sudah tentu tidak
boleh terlepas daripada iklim sosio-ekonomi sedunia yang semakin merundung.
7.
Titah
Ucapan DYMM Sultan Selangor semalam pernah menyebut tentang masalah rasuah.
Sebenarnya, salah satu ubat yang berkesan untuk mengatasi masalah ini ialah
meningkatkan ketelusan kerajaan. Ahli ekonomi Amartya Sen juga pernah berkata
bahawa keterbukaan sesebuah negara berkaitan langsung dengan kecemerlangan
ekonominya. Selain menambahkan akses orang ramai terhadap maklumat kerajaan, pengiystiharan
aset juga diperlukan untuk membendung masalah rasuah. Kali terakhir ini dilakukan
di Selangor adalah pada tahun 2010. Maka sekarang sudah sampai masanya bukan
sahaja untuk mengiystiharkan aset semata-mata tetapi memastikan sistem
pengiystiharan aset ini setanding dengan negara barat untuk membuktikan
komitmen kerajaan terhadap keterbukaan kita.
Monday, March 21, 2016
Memohon kerajaan Selangor terlibat dalam urus niaga tanah Syarikat BAT di Petaling Jaya untuk membina rumah mampu milik
Kenyataan
Media ADUN DAP untuk kawasan Kampung Tunku, Selangor, Lau Weng San pada 21 Mac 2016
di Petaling Jaya:
Saya terkejut
dengan keputusan Syarikat British American Tobacco (BAT) untuk menutup
kilangnya di Virginia Park, berdekatan dengan Jalan Universiti dan Jalan 19/1, Petaling
Jaya. Orang ramai juga difahamkan bahawa BAT telah melantik sebuah agen
hartanah yang bebas untuk menguruskan jual beli tanah seluas 500,000 kaki
persegi ini melalui tender terbuka, yang dijangka akan disiapkan pada bulan Mei
tahun ini.
Tanah yang
begitu luas ini memang mempunyai potensi pembangunan semula yang sangat besar.
Saya memohon kepada kerajaan Selangor untuk mengambil peluang keemasan ini bagi
meninjau sama ada mungkin kerajaan turut terlibat bersama melalui mana-mana
anak syarikatnya seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Sekiranya cadangan
untuk membeli balik tanah ini dilaksanakan, maka ianya sekaligus memperkayakan bank
tanah kepunyaan kerajaan. Kita harus mengambil iktibar bahawa salah satu faktor
kejayaan kerajaan Singapura membina rumah mampu milik yang begitu banyak kepada
rakyatnya ialah lebih daripada 75% tanah di republik itu adalah milik kerajaan.
Maka dasar
perumahan Kerajaan Selangor harus juga mengambil kira peluang untuk membina
rumah mampu milik di kawasan bandar yang sudah matang seperti Petaling Jaya,
selain daripada pembangunan township baru seperti di Bernam Jaya, Antara Gapi
dan sebagainya.
Mengikut
kajian yang dibuat oleh CIMB Investment Bank Research, harga keseluruhan tanah
ini dijangka antara RM 252 juta hingga RM277 juta. Kedua, sekiranya kerajaan
tidak dapat memiliki tanah yang mahal ini, kerajaan masih boleh berbincang
dengan pemilik tanah yang baru untuk menjalankan projek usahasama untuk
memastikan kerajaan masih boleh memainkan peranannya untuk membekalkan rumah
mampun milik kepada rakyat Selangor di Bandar Petaling Jaya.
Friday, March 18, 2016
Mengecam pihak tidak bertanggungjawab mengugut penjawat awam Selangor
Kenyataan
Media ADUN DAP untuk kawasan Kampung Tunku, Selangor, Lau Weng San pada 18 Mac 2016
di Petaling Jaya:
Saya
dikejutkan dengan peristiwa yang berlaku di rumah seorang Penolong Pegawai
Daerah Hulu Langat di Bangi pagi semalam di mana rumah beliau dilemparkan tiga
bom botol atau Molotov cocktail.
Saya
mengecam kejadian ini dan saya melihat ini sebagai satu ugutan terhadap
penjawat awam kerana barangkali dalam menjalankan tugas mereka sebagai penjawat
awam atau penguatkuasa, mereka mungkin telah menyinggung perasaan golongan yang
berkepentingan yang menggunakan taktik licik ini untuk menakut-nakutkan pegawai
kita.
Tindakan ini
pasti akan menjejaskan semangat pegawai-pegawai kita dan yang lain kerana
mereka tidak pasti sama ada perkara yang sama juga akan berlaku ke atas diri
dan ahli-ahli keluarga tersayang mereka, walaupun mereka hanya menjalankan
tugas mereka dengan jujur, sebagaimana yang dituntut oleh undang-undang.
Saya
membidas kejadian ini dan menyeru seluruh lapisan masyarakat untuk turut membidas
tindakan ini. Sekiranya masyarakat kita memilih untuk mendiamkan diri, maka
mereka yang tidak bertanggungjawab ini akan ingat mereka boleh terus bertindak
melulu pada masa depan.
Lau Weng San
ADUN Kampung
Tunku
Wednesday, March 16, 2016
Illegal dumpsites in Jalan 21/19A
I was at a press conference in my office this morning to brief the media on a notorious illegal dumpsite at Jalan 21/19A, SEA Park, which is right in the heart of my constituency.
Many people have seen illegal rubbish everywhere but they never know who exactly are the culprits. I was given some video footage and we manage to capture and identify the real culprits. Some were seen in their vehicles and we manage to see their vehicle registration numbers.
These information will be passed on the relevant departments in MBPJ for them to take further action on the litterbugs. It is the attitude of our people that is the root cause of illegal dumpings in this country.
Monday, March 14, 2016
Firefly should at least apologise to women for objectifying female in their advertisements
Media statement by DAP ADUN for Kampung Tunku Lau Weng San on 14th March 2016 in Petaling Jaya:
Although Firefly has already the two heavily criticized advertisements featuring the bottoms of a female from its social media website, the leading low cost carries wholly owned by Malaysia Airlines should have also tendered an unreserved apology to women for such women objectification.
It is simple not enough for Firefly to withdraw its "bottom advertisements", only to tell the people that their advertisement is not meant to "offend any people". At the minimum, Firefly should apologise to the women in this country.
This is necessary as this is not the first time Firefly comes out with such advertisement in social and printed media. The following Firefly advertisement also appeared in our papers sometimes in July 2015. It seems that Firefly has a special instinct on their advertisements.
This incident should also serve a warning, not only to Firefly but other merchant to be more gender-sensitive in advertising their business. Malaysians should bear in mind that it is not only Firefly that should be reprimanded as many airlines operators in this country has the tendency to objectify women in their advertisements. It is time for them to be more gender-sensitive and put real effort in improving their services to the passengers at affordable prices.
Lau Weng San
ADUN Kampung Tunku
Thursday, March 10, 2016
Cadangan Khairuddin Aman Razali at-Takiri bahawa fungsi sebenar wanita di rumah sebagai isteri dan ibu adalah tidak betul
Kenyataan
Media ADUN DAP untuk kawasan Kampung Tunku, Selangor, Lau Weng San pada 17 Februari
2016 di Petaling Jaya:
Kenyataan media
Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat
pada 8 Mac 2016 yang menyentuh tentang pemulihan institusi kekeluargaan melalui
penyediaan dan pembangunan ruang dan suasana yang kondusif kepada setiap
pasangan khususnya kepada golongan isteri agar dapat menjalankan fungsinya yang
sebenar di rumah sebagai isteri dan ibu adalah tidak betul.
Institusi
kekeluargaan di Malaysia, sama ada bukan Muslim atau Muslim, memang sentiasa
menghadapi pelbagai cabaran sosial dan ekonomi sehingga keperluan untuk
pasangan suami dan isteri untuk bekerja bagi menampung keperluan ekonomi
keluarga telah menjadi fenomena biasa dewasa kini.
Biarpun
begitu, statistik menunjukkan bahawa peratusan wanita untuk bekerja semula di
negara kita masih di tahap yang amat rendah, iaitu tidak sampai 50%, berbanding
dengan negara-negara sedang membangun yang lein, khususnya negara-negara Asean
seperti Thailand, Filipina dan Indonesia.
Fenomena ini
adalah tidak sihat memandangkan lebih separuh daripada graduan IPT di Malaysia
terdiri daripada kaum wanita. Ini menunjukkan bahawa kerajaan telah
membelanjakan lebih separuh daripada sumber kewangannya untuk membekalkan
pendidikan tinggi kepada kaum wanita tetapi mereka tidak dapat menyumbang
kepada pembangunan ekonomi dan produktiviti Malaysia.
Antara
masalah-masalah yang dihadapi oleh kaum wanita, khususnya kaum wanita yang
berpendidikan tinggi dan berkebolehan ialah layanan yang tidak adil di tempat
kerja, sama ada secara tersirat atau tersurat, termasuk gaji, peluang naik
pangkat yang tidak saksama (glass ceiling),
kekurangan tempat asuhan dan didikan anak-anak kecil dan bayi, kekurangan bilik
laktasi serta peruntukan bajet yang tidak sensitive kepada keperluan gender
wanita dan sabagainya.
Monday, March 07, 2016
Pertanyaan-pertanyaan untuk Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Negeri Selangor yang ke-13
Berikut ialah pertanyaan-pertanyaan saya untuk Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Negeri Selangor yang ke-13 yang bakal diadakan di Shah Alam pada akhir bulan Mac 2016 ini.
Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan:
1. Apakah perubahan dasar dan tindakan yang telah diambil oleh kerajaan Selangor untuk melindungi golongan wanita daripada jenayah rogol memandangkan Selangor mencatat rekod rogol antara yang tertinggi pada tahun lalu?
2. Bilik laktasi penting bagi wanita berumahtangga untuk kembali ke alam pekerjaan. Apakah peruntukan undang-undang yang sedia ada yang mewajibkan penyediaan kemudahan ini oleh pemaju dan majikan? Berapa banyak bilik laktasi telah diwujudkan di Selangor sekarang?
3. Pekeliling bil. 04/2007 dan 13/2008 berkenaan pemberian subsidi yuran Taska telah diganti dengan Pekeliling bil. 38/2013. Adakah kerajaan Selangor bersedia melakukan sesuatu yang melebihi apa yang diperuntukkan dalam surat pekeliling ini sebagai penghargaan kepada sumbangan kakitangan awam wanita?
Subscribe to:
Posts (Atom)