Kenyataan
Media ADUN DAP untuk kawasan Kampung Tunku, Selangor, Lau Weng San pada 18 Mac 2016
di Petaling Jaya:
Saya
dikejutkan dengan peristiwa yang berlaku di rumah seorang Penolong Pegawai
Daerah Hulu Langat di Bangi pagi semalam di mana rumah beliau dilemparkan tiga
bom botol atau Molotov cocktail.
Saya
mengecam kejadian ini dan saya melihat ini sebagai satu ugutan terhadap
penjawat awam kerana barangkali dalam menjalankan tugas mereka sebagai penjawat
awam atau penguatkuasa, mereka mungkin telah menyinggung perasaan golongan yang
berkepentingan yang menggunakan taktik licik ini untuk menakut-nakutkan pegawai
kita.
Tindakan ini
pasti akan menjejaskan semangat pegawai-pegawai kita dan yang lain kerana
mereka tidak pasti sama ada perkara yang sama juga akan berlaku ke atas diri
dan ahli-ahli keluarga tersayang mereka, walaupun mereka hanya menjalankan
tugas mereka dengan jujur, sebagaimana yang dituntut oleh undang-undang.
Saya
membidas kejadian ini dan menyeru seluruh lapisan masyarakat untuk turut membidas
tindakan ini. Sekiranya masyarakat kita memilih untuk mendiamkan diri, maka
mereka yang tidak bertanggungjawab ini akan ingat mereka boleh terus bertindak
melulu pada masa depan.
Lau Weng San
ADUN Kampung
Tunku
No comments:
Post a Comment