Wednesday, January 11, 2006

Jangan jadikan slogan "Utamakan Keselamatan" motto hiasan.

Saya telah menerima aduan daripada penduduk-penduduk dan peniaga-peniaga dari Jalan Industri Pusat Bandar Puchong 4 dan 6 bahawa sebuah tower crane yang didirikan oleh Pemaju Utaria Development diatas sekeping tanah di Lot 3422 Mukim Petaling yang berdekataan dengan tempat mereka telah mengancam keselamatan nyawa mereka.

Saya telah pada 3hb Januari 2006 menulis sepucuk surat aduan kepada Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Kerja Selangor, Ir Muhtar Musri untuk membawa isu ini kepada beliau untuk tindakan selanjutnya. Saya telah diberitahu beliau bahawa pegawainya telah melawat ke temptat aduan dan telah meminta pemaju berhenti menggunakan tower crane berkenaan.

Tindakan sebegini adalah tidak mencukupi kerana tower crane berkenaan perlu dialihkan kerana tower crane berkenaan masih boleh membuat putaran 360 darjah yang mana ini telah mengancam keselamatan orang ramai.


Aduan ini juga berkaitan dengan satu gambaran yang lebih besar yang mana ini bersangkut paut dengan bagaimana lalainya konsep keselamatan kerja diambil berat di negara ini. Dalam kes kematian Dr.Liew Boon Hong, pihak kerajaan hanya mengambil berat terhadap konsep ini.

Tindakan serta-merta dan penguatkuasaan penuh perlu diambil.

Saya ingin menyampai takziah saya kepada keluarga Dr Liew yang meninggal dunia pada usia yang begitumuda.Walaupun begitu, kematian beliau telah membawa kepada betapa lalainya pihak kerajaan dan kontraktor serta pemaju dalam mengutamakan keselamatan di tapak pembinaan.

Pada November 2005, empat orang buruh asing Indonesia terkorban dalam satu kejadiaan crane runtuh di tapak pembinaan yang sama, iaitu tapak yang terletak di Puchong Batu 14. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Kerja telah memgambil tindakan untuk menghenti kerja-kerja pembinaan supaya siasatan dapat dijalankan.

Kematian-kematian sebegini memang selalunya belaku tetapi ianya tidak selalunya dilaporkan. Lebih daripada 80% pekerja-pekerja di tapak pembinaan ialah buruh asing dan dipercayai lebih separuh daripada mereka ialah buruh asing tanpa iziz. Oleh itu, apabila berlakunya kemalangan-kemalangan yang melipatkan mereka, ianya selalunya dibiarkan begitu sahaja tanpa dilaporkan kepada pihak berkenaan. Dengan itu, angka-angka kemalangan dan kematian oleh pihak berkuasa dipercayai lebih rendah daripada angka yang sebenarnya. Selain itu, pihak berkuasa turut kekurangan inisiatif dalam menjalankan langkah-langkah susulan dalam memastikan tapak-tapak pembinaan ini telah mematuhi sepenuhnya keperluan keselamatan.

Bukankah ini satu keadaan yang cukup baik untuk pemaju-pemaju yang tidak bertanggungjawab terus bermaharajalela di negara ini sehingga mereka sanggup melalaikan tanggungjawab mereka terhadap keselamatan nyawa pekerja dan orang ramai?

Datuk Seri Dr. Fong Chan On dalam satu temuramah dengan NST pada 4hb Januari 2006 mengatakan bahawa pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Kerja (DOSH) tidak berkuasa untuk menarik balik lesen pemaju dan kontraktor kerana ini terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berluasa Tempatan (PBT). Soalannya ialah, Fong Chan Onn sudah memegang portfolio ini selama 10 tahun dan bukankah beliau perlu mengambil inisiatif untuk memperbetulkan keadaan inidengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan?

Sekiranya kita mengambil tahu keadaan yang korup yang sedang menular di PBT, maka kita dapat melihat perkara ini daripada sudut ddan perspektif yang lebih luas.

Utamakan ketelusan dan tadbir baik.

Isu pokok dalam perkara ini ialah ketelusan dan tadbir baik. Seruan awam supaya butir-butir siasatan dan punca-punca kemalangan diumumkan bukan sahaja merupakan satu tuntutan rasional tetapi juga patut dijadikan sebagai sebahagian daripada perundangan. Kita tidak boleh lupa bahawa memang Akta Keselamatan Kerja kita merupakan antara yang terbaik dan menyeluruh sehingga kita perlu menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan di semua tapak pembinaan tetapi mengapakah kes-kes kemalangan nyawa masih berlaku sekiranya pihak-pihak berkenaan ada menjalankan tugas-tugas pemantauan yang kerap?

Kita tidak seharusnya membiarkan kes kematian Dr Liew Boon Hong berulang dan dengan itu, saya menyeru DOSH untuk menjalankan siasatan penuh dan mengumumkan butiran terpeinci terhadap siasatan yang dijalankan, termasuk siasatan terhadap kejadian kematian empat orang buruh asing Indonesia dan dakwaan sekumpulan penduduk dan peniaga di Jalan Industri Pusat Bandar Puchong 4 dan 6 ini.

No comments: