Kenyataan Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin, bahawa terdapat sekurang-kurangnya sepuluh Ahli Dewan Negeri (ADUN) Selangor yang hidup mewah yang dikeluarkan beliau tanpa sebarang bukti kukuh merupakan percakapan kosong.
Lebih baik Hamidzun menumpukan perhatian kepada wakil-wakil rakyat UMNO dan BN kerana dengan itu, beliau akan dapat menyelesaikan tugasnya dengan mudah kerana hampir setiap ADUN BN memiliki dua hingga tiga kereta besar dan tinggal di rumah besar atau memiliki rumah di kawasan berada.
Contoh yang paling baik ialah rumah banglo ala-Bali yang dimiliki oleh ADUN Sungai Panjang, Dr Khir Toyo yang sekarang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah kerana memiliki rumah yang tidak setimpal dengan pendapatannya.
Jikalau Hamidzun tidak percaya, maka beliau boleh hadir ke sidang Dewan Negeri untuk melihat dengan matanya sendiri kereta-kereta mewah yang dibawa oleh wakil-wakil rakyat Barisan Nasional ke Dewan Negeri Selangor, malahan sesetengah daripada mereka mempunyai pemandu peribadi sendiri.
Para pengamal media perlu berwaspada dengan kenyataan yang samar-samar seperti ini kerana ianya dibuat tanpa sebarang bukti dan wartawan perlu menganalisa kesahihan kenyataan yang dilakukan oleh mereka yang tidak berkredibiliti.
Kenyataan Hamidzun jelas memperlihatkan taktik gerila yang digunakan oleh BN dan NGO yang pro-BN di mana mereka telah ketandusan idea sehingga perlu menuduh ADUN-ADUN PR sebagai hidup mewah tetapi mereka gagal menunjuk sebaarang bukti langsung.
Taktik desperato ini sama seperti apa yang dilakukan oleh komunis dimana mereka sanggup melakukan apa sahaja, termasuk memfitnah, sengaja mengada-adakan sesuatu yang bukan-bukan tanpa siasatan untuk mengaburi mata rakyat.
No comments:
Post a Comment