Intan Abdullah Sat | May 12, 07 | 04:29:55 PM | |
RAWANG, 12 Mei (Hrkh) - Amarah rakyat Selangor memuncak lagi. Kali ini mereka mahu memenjarakan Menteri Besar Selangor, Dato' Mohd Khir Toyo yang dikatakan merupakan dalang kepada masalah mereka ini. Mereka menggesa untuk memecat MB sebagai 'key person' juga merupakan penaung kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) kerana gagal mengawal orang-orang bawahannya dan menganggap MB biadap kerana tidak menghormati undang-undang negara. Mereka menyifatkan kerajaan negeri Selangor tidak prihatin terhadap undang-undang yang diakui oleh perlembagaan, dengan bersikap zalim pada rakyatnya sendiri sehingga tidak memberi peluang kepada mereka untuk menyelamatkan kelab tersebut. Dato' Abdul Karim juga dikatakan menganggap masalah yang pernah diutarakan kepada beliau ini sebagai satu isu dan beliau juga telah menyalahgunakan kuasanya dengan melantik beberapa individu di jawatan tertinggi seperti CEO iaitu Mohamad Shah Abdul Aziz, yang dipertikaikan kelayakannya untuk menerajui kelab itu. Beliau mendakwa tindakan pemecatan tersebut menunjukkan bahawa pihak pengurusan mempunyai niat jahat atau 'mala fide' terhadap pekerja, bahkan mereka telah melanggar seksyen 60M Akta Pekerja 1955 yakni Larangan menamatkan pekerja tempatan untuk pekerja asing, seksyen 60N Akta Pekerja 1955 iaitu menamatkan pekerja oleh sebab lebihan pekerja. Katanya, pemecatan ini juga tidak mengikut prosedur kerana mereka hanya merujuk kepada Jabatan Buruh sahaja. Sementara itu, pihak kelab juga dikatakan telah melanggar seksyen 12 dengan memberi notis 24 jam pada tarikh pembuangan kerja pada 30 April, sehari sebelum Hari Pekerja dirayakan di seluruh negara. Abdullah Sani turut mendedahkan penyata kewangan yang merekodkan bahawa kos menaiktarafkan kelab tersebut yang dibuat secara tidak menyeluruh dengan jumlah RM3 Juta. CEUPM juga dikatakan pernah berkompromi dengan MB untuk menyelamatkan kelab di Shah Alam pada tahun 2003 dan 2004 apabila keadaan kewangan yang merudum dengan memotong gaji pegawai-pegawai kanan dan pekerja serta kesannya kelab berjaya diselamatkan bahkan memperolehi keuntungan yang besar. CEUPM katanya akan terus mengumpulkan maklumat, seterusnya akan menyalurkannya kepada Badan Pencegah Rasuah bagi mengenalpasti penyalahgunaan kuasa yang berlaku, dengan tidak menolak kemungkinan wujudnya agenda-agenda tertentu pihak tertinggi pengurusan yang mengamalkan kronisme untuk menjaga kepentingan suku sakat mereka di dalam pengurusan. Mereka juga menghantar surat kepada Menteri Besar, Perdana Menteri,Timbalan Perdana Menteri, Menteri Sumber Manusia, serta exco-exco kerajaan negeri Selangor tetapi masih belum mendapat sebarang respon dan akan turut memaklumkan hal ini kepada Sultan Selangor. - mks. |
PUSAT KHIDMAT ADN BANTING
NO. 81, TINGKAT 1, JALAN TELUK BUNUT, TAMAN DELIMA, 42700 BANTING.
TEL: +6-012-6834724, +6-012-6924724,
EMAIL: lauwengsan@gmail.com
https://linktr.ee/lauwengsan
Service centre hour: 9am to 5pm (Monday to Friday)
Sunday, May 13, 2007
Kami akan pastikan MB Selangor dipenjarakan
"Kami akan pastikan MB Selangor dipenjarakan"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment