Thursday, October 29, 2009

Mengecam Tindakan Badrul Hisham Keluar Pakatan Rakyat

Saya mengecam tindakan Ahli Dewan Negeri Selangor bagi kawasan Pelabuhan Klang YB Badrul Hisham Abdullah yang telah bertindak keluar daripada Pakatan Rakyat dan menjadi ADUN bebas menyokong BN.
Tindakan beliau ini walaupun dijangka berlaku tetapi beliau harus meletakkan jawatan setelah mengetahui kegagalannya untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan Pelabuhan Klang.
Prestasi YB Badrul Hisham sebagai wakil rakyat di DUN Pelabuhan Klang amat mengecewakan kerana beliau bukan sahaja tidak dapat berjumpa rakyat di kawasannya, malahan beliau tidak menghadiri banyak majlis rasmi dan penting kerajaan negeri.
Ini secara tidak langsung telah menjejaskan imej kerajaan Pakatan Rakyat di DUN Pelabuhan Klang. Selain itu, beliau juga dikaitkan dengan beberapa masalah peribadi beliau yang sehingga sekarang masih belum diselesaikan.
Justeru itu, cara yang paling baik untuk beliau menjadi air mukanya ialah meletakkan jawatannya sebagai ADUN Palabuhan Klang secara sukarela dan memberi jalan kepada orang lain yang lebih sesuai untuk menjadi wakil rakyat di DUN Pelabuhan Klang.
Apa yang lebih menjijikkan lagi ialah beliau mengikut jejak langkah ketiga-tiga ADUN katak di Perak dengan menjadi ADUN Bebas menyokong BN. Biarpun peristiwa ini telah menyebabkan kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, ianya tidak menjejaskan perpaduan antara wakil-rakyat Pakatan Rakyat.
Hampir semua ADUN Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat (BBC) Selangor telah menghadiri satu mesyuarat rutin semalam untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan dasar kerajaan Selangor dan ini menunjukkan komitmen semua ADUN Pakatan Rakyat ke arah mengukuhkan kerajaan Selangor di bawah pimpinan Dato’ Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

2 comments:

NEO said...

Katak Lompat!

fylam said...

The BN authorities and the politicians are looking for scapegoats and what is more convenient than blaming the young students for jumping on the bridge rather than finding the real cause.

The real culprits ( maybe BN cronies and associates ) responsible for the design and construction were not even questioned or mentioned at all.

Basically, this is the issue of suspension bridge design , construction and supervision during construction. An in-depth investigation should zoom in right down to the geo-physical structure of the embankment; bridge design calculations ; material of construction ; and the construction supervision itself and finally the local council responsible for giving the green light that this bridge was checked and deemed fit for public use.

Any new public structures built to accomodate people must withstand the carrying load and if there is any limitations, this must be clearly spelt out on the notice boards on both sides of the bridge but sadly this was lacking.

Safety is of paramount importance as lives are involved and someone must be held accountable and the disaster involving deaths should not be swept under the carpet.