Gunakan Peluang Keemasan Ini Untuk Merealisasikan Impian Malaysia Salam Sejahtera, Salam Bersih, Salam Ubah dan Salam Reformasi kepada semua yang hadir pada malam ini!
Datang orang Vietnam, anjing hilang!Dalam masa 14 hari yang lalu, calon-calon Pakatan Rakyat telah memberi banyak penjelasan tentang isu-isu survival yang melanda Malaysia, seperti isu ekonomi, pentadbiran baik, jenayah, rasuah, pendidikan dan banyak lagi.
Datang orang Bangla, gadis Melayu hilang!
Datang gadis China, suami hilang!
Datang politikus, gadis Mongolia hilang!
Datang PRU, wang kerajaan hilang!
Kalah PRU, dokumen kerajaan hilang!
Bercakap benar, doktor dan keluarganya hilang!
Beli jet pejuang, enjin hilang!
Datang Lim Kit Siang, MCA hilang!
Undi BN lagi, masa depan negara kita hilang!
Maka, tidak perlulah saya mengulangi isu-isu ini lagi dalam ceramah pada malam ini kerana saya beranggapan anda yang hadir memang sudah arif dan faham tentang isu-isu ini.
Persoalan yang dihadapi kita pada malam ini bukan lagi tentang berapa banyak kerusi yang perlu dimenangi untuk membentuk kerajaan persekutuan.
Persoalannya pun bukan sama ada kita mampu mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor dan negeri-negeri lain, walaupun saya setuju bahawa kedua-dua soalan ini ialah perkara yang menjadi tumpuan orang ramai.
Hakikatnya ialah Pakatan Rakyat berjaya menghimpunkan seluruh rakyat Malaysia berbilang kaum di Stadium Kelana Jaya ini ialah satu bukti yang bagus bahawa rakyat Malaysia memang boleh dan telahpun bersatu hati dan berpegang teguh di bawah Pakatan Rakyat demi membina sebuah negara Malaysia yang lebih aman, makmur, bersih, demokratik dan adil.
Tahun ini kita akan menyambut ulang tahun ke-50 penubuhan Persekutan Malaysia. 50 tahun yang lalu, Allahyarham Tunku Abdul Rahman membacakan Pemasyhuran Malaysia di Stadium Merdeka pada 16 September 1963.
Pemasyhuran tersebut berbunyi seperti berikut:
"Dengan Nama Allah, Yang Amat Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah, Perdana Menteri Malaysia dengan persetujuan dan perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang-Dipertuan Agong, Yang Terutama Yang Dipertuan Negara Singapura, Yang Terutama Yang Dipertuan Negara Sabah, Yang Terutama Gabenor Sarawak, dengan ini mengisytiharkan dan memasyhurkan bagi pihak umat Malaysia...akan kekal menjadi sebuah negara demokrasi yang merdeka lagi berdaulat serta berasaskan kebebasan dan keadilan."Tuan-tuan dan puan-puan, lima puluh tahun selepas pemashyuran ini, kita berkumpul di sini untuk memperbaharui azam kita demi membina sebuah negara Malaysia demokrasi yang merdeka lagi berdaulat serta berasaskan kebebasan dan keadilan.
Berkumpulnya kita di sini bukan sekadar menumbuk langit dengan laungan slogan, tetapi kami beria-ia dan bercita-cita besar dengan semangat perjuangan yang tinggi untuk mengembalikan keadilan kepada rakyat dan membangunkan semula institusi kenegaraan yang telah dirosakkan oleh Barisan Nasional lebih lima puluh tahun yang lalu.
Berkumpulnya kita di sini adalah untuk menuntut keadilan bagi mereka yang telah terkorban selama ini di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional yang zalim.
Berkumpulnya kita di sini adalah untuk menuntut hak dan kebebasan rakyat terhadap sebuah negara Malaysia yang tiada penindasan.
Berkumpulnya kita di sini adalah untuk membina masa depan yang lebih cerah dan lebih terjamin untuk generasi-generasi kita yang akan datang.
Berkumpulnya kita di sini adalah untuk membangunkan sebuah negara Malaysia yang maju bukan sahaja dari segi infrastruktur tetapi juga matang dalam sistem politik.
Berkumpul kita di sini adalah untuk sekaligus menuntut dan mengambil balik apa yang telah dirompak, dirampas dan diragut oleh Barisan Nasional daripada rakyat Malaysia Berkumpul kita di sini adalah untuk membina impian kita seperti apa yang dijanjikan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman lima puluh tahun yang lalu.
Justeru itu, saya merayu kepada anda untuk mengundi Pakatan Rakyat dan menolong kami bagi membantu seluruh rakyat Malaysia untuk mencapai impian yang belum lagi direalisasikan sejak lima puluh tahun yang lalu.
Bagi MCA, MIC, Gerakan dan PPP, sekiranya mereka masih menganggap mereka sebuah parti politik bermaruah, Mereka tidak harus terus diperlekehkan UMNO lagi, apatah lagi bersuhabat dengan UMNO di dalam Barisan Nasional.
Maka perkara yang harus mereka melakukan ialah keluar daripada Barisan Nasional dengan serta-merta!
Esok ialah hari yang akan terpahat dalam sejarah Malaysia. Rakyat akan turun mengundi bagi menentukan masa depan negara kita. Marilah kita berganding bahu menggunakan peluang keemasan ini untuk memilih kerajaan persekutuan yang baru di samping mengekalkan kerajaan negeri Selangor yang sedia ada.
Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!
改朝换代,告别腐败!Ini kalilah
Lau Weng San
No comments:
Post a Comment