PETALING JAYA 11 Jun - Masalah sampah yang tidak dikutip kakitangan syarikat Alam Flora Sdn. Bhd. sangat lumrah kepada sebahagian peniaga serta penduduk di Jalan SS 3/31,SS 3/33, SS 3/35 dan SS 3/37 di sini.
Tinjauan Utusan Malaysia di sebahagian besar Jalan SS 3 mendapati, keadaan sampah yang begitu banyak memang satu perkara yang serius.
Seorang peniaga, Loo Yong Wee, 42, berkata, dia berasa kesal kerana terpaksa menguruskan pembuangan sampah sendiri di premis perniagaanya.
"Susah juga kerana terpaksa membawa sampah ini ke lokasi tempat pembuangan yang berhampiran dan ini tidak patut berlaku.
"Sepatutnya petugas Alam Flora mengangkat sampah enam kali seminggu jika mengikut jadual operasi yang betul," katanya.
Dia juga kurang berpuas hati kerana petugas-petugas Alam Flora ini terdiri daripada warga asing terutamanya dari Indonesia.
"Mereka kurang efisien dalam soal pembersihan dan ada kalanya bersikap sambil lewa dalam soal pembersihan," katanya.
Mengulas adanya sebahagian kontraktor Alam Flora meminta bayaran lebih jika hendak dikutip, dia berkata, ia memang berlaku.
"Saya tidak faham kenapa kami harus membayar duit tersebut, sedangkan mereka ditugaskan memungut sampah di sini bukannya disuruh buat secara percuma," katanya.
Ekoran itu, dia menegaskan keadaan sampah yang terbiar boleh menimbulkan keadaan yang kurang selesa kepada pengunjung restorannya.
Masalah tersebut turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku, Lau Weng San, yang telah membuat laporan ke Alam Flora mengenai masalah berkenaan di e-aduan Alam Flora.
Beliau menyifatkan masalah itu bukan sahaja tertumpu kepada pemungutan sampah yang tidak teratur tetapi juga kepada longkang tidak dibersihkan sepanjang jalan SS 3/27 sehingga menyebabkan air bertakung.
"Sistem pengairan longkang di sini langsung tidak dibersihkan dan terbiar dengan kehadiran sampah sarap seperti plastik, bekas polisterin dan botol," katanya.
Justeru beliau akan melihat perkembangan di dalam beberapa minggu ini tindakan yang akan diambil Alam Flora menyelesaikan isu terbabit.
"Jika pihak kontraktor berkenaan yang telah diupah oleh Alam Flora tidak berbuat apa-apa saya akan membawa masalah ini pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor," katanya.

No comments:
Post a Comment