Monday, March 17, 2008

Seruan kepada Kerajaan Pusat untuk membebaskan M. Manoharan

Saya di sini menyeru Kerajaan Pusat untuk membebaskan Sdr. YB M. Manoharan, ADUN DAP untuk kawasan Kota Alam Shah, Klang.

Sdr M. Manoharan merupakan salah seorang aktivis Hindraf yang masih ditahan di Pusat Tahanan Kamunting di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas tuduhan mengancam keselamatan negara.

Pada pilihanraya umum ke-12 yang baru-baru berlangsung, Sdr M. Manoharan telah bertanding di kawasan DUN Kota Alam Shah, Klang dengan majority sebanyak 7,184 undi biarpun Sdr M. Manoharan masih ditahan di Kamunting di bawah ISA dan tidak dapat muncul untuk berkempen.

Kejayaan besar yang dicapai oleh Sdr M. Manoharan ini bukan merupakan satu kejayaan yang besar untuk DAP dan beliau sendiri, malahanya ianya juga merupakan satu mesej yang jelas kepada kerajaan bahawa kerajaan tidak boleh terus menahan mereka yang tidak bersalah tanpa perbicaraan melalui ISA, khususnya dalam kes Sdr M. Manoharan ini.

Apa yang dilakukan oleh Sdr M. Manoharan selama ini hanyalah untuk memperjuangkan hak asasi untuk golongan masyarakat India yang tertindas dan terpinggir dan ianya tidak mengancam keselamatan negara. Oleh itu, Sdr M. Manoharan harus dibebaskan serta-merta agar beliau dapat mengangkat sumpah sebagai ADUN kelak dan menjalankan tugasnya dengan sempurna.

1 comment:

谢增英 said...

我想应该是“membebaskan Sdr. YB M. Manoharan" 而非“melepaskan Sdr. YB M. Manoharan”吧!