Monday, March 24, 2008

Jangan UMNO cakap tak serupa bikin


Apabila Kit Siang mengeluarkan kenyataan bahawa Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak akan menarik diri daripada menghadiri upacara mengangkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru pada 12hb Mac 2008, beliau dan DAP dikritik hebat oleh UMNO and kuncu-kuncunya kononnya DAP tidak menghormati Tuanku Sultan Perak.

Mereka terus cuba memperbesarkan isu ini sebesar yang mungkin untuk mengapi-apikan sentimen perkauman melalui laporan media serta demonstrasi-demonstrasi kecil-kecilan, biarpun Kit Siang telah pada hari keesokannya mengeluarkan satu lagi kenyataan untuk memohon maaf secara rasmi kepada Tuanku Sultan Perak berserta dengan perjumpaan beliau dengan Tuanku Raja Nazrin selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar Baru Perak.

Kini, giliran mereka sendiri pula yang menunjukkan sikap tidak menghormati baginda Sultan Terengganu. Malahan UMNO begitu berani sehingga mereka betul-betul memulaukan majlis angkat sumpah dan menghantar nota bantahan kepada Istana Terengganu.

Sebelum mereka menuding jari kepada orang lain, ingatlah kelakuan diri sendiri pula.

Jangan pula cakap tak serupa bikin.

3 comments:

WY said...

exactly! HYPOCRISY AT ITS HIGHEST!

Hope DAP don't turn around and accused these people...

CK said...

hi congratulation on your victory in the election l meet u twice at sea park pasar malam and during your house to house election promotion l must say u are really hardworking l notice that your website do not have a link that enable to contact u or maybe l miss it can u put it a way contact u a email perhaps. Good luck with your new responsibility and task .

LAU WENG SAN said...

you can email me at lauwengsan@gmail.com