Sunday, December 27, 2009

TunkuCAT mendaftar warga emas 85 tahun ke atas

Di bawah pimpinan saya, pasukan khidmat kawasan Kampung Tunku atau Kampung Tunku Constituency Assistance Team (TunkuCAT) telah mula mendaftarkan warga emas berumur 85 tahun ke atas dengan Tabung Mesra Usia Emas (MUE) Selangor.
Pendaftaran ini adalah dijalankan secara pintu ke pintu di mana pasukan TunkuCAT akan melawat ke rumah warga-warga emas di DUN Kampung Tunku dan mendaftarkan mereka dengan Skim MUE ini.
Perkhidmatan khas ini dijalankan kerana golongan warga emas yang melebihi umur 85 tahun ini selalunya merupakan mereka yang uzur dan tidak berupaya berjalan jauh. Justeru itu, kami mengambil inisiatif untuk melawat ke rumah mereka mengikut alamat yang telah didaftarkan dalam senarai pendaftar pengundi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.
Perkhidmatan khas ini hanya dijalankan pada hujung minggu dari pukul 9 pagi hingga 12 tengahari. Matlamat kami adalah untuk melawat ke rumah kesemua 466 orang warga emas berusia 85 tahun dan ke atas di DUN Kampung Tunku.
Mengikut statistic SPR, taburan mereka di seluruh DUN Kampung Tunku adalah seperti berikut:
1. Kampong Tunku Selatan 55 orang
2. Kampong Tunku Utara 35 orang
3. Seksyen 20 Selatan 29 orang
4. Seksyen 20 Utara 44 orang
5. Seksyen 21Timur 76 orang
6. Seksyen 22 33 orang
7. SS3 Barat 31 orang
8. SS3 Timur 52 orang
9. SS3 Utara 20 orang
10. Sungai Way Selatan 25 orang
11. Sungai Way Tengah 25 orang
12. Sungai Way Utara 24 orang
Kami berharap penduduk-penduduk sekalian tidak perlu gelisah apabila kami melawat ke rumah anda kerana tujuan kami adalah untuk membantu warga emas di rumah anda untuk mendaftarkan diri sebagai ahli Tabung MUE ini. Sila menelefon pusat khidmat ADUN Kampung Tunku atas talian 03-78754724 untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program ini.

1 comment:

kxunjie said...

well done..

hepi new ye@r.