Friday, June 20, 2008

Pendaftaran Keluarga Miskin Bandar

Oleh kerana kos sara hidup yang semakin meningkat, Pejabat ADUN Kampung Tunku akan menjalankan satu kempen sebulan untuk mendaftar keluarga miskin di kawasan DUN Kampung Tunku, iaitu mereka yang menduduki di Sea Park, Taman Paramount, Rumah Kos Rendah Taman Sri Aman, Kampung Tunku (SS1), SS3 dan Kampung Baru Sungai Way, bermula daripada 23hb Jun 2008 hingga 23hb Julai 2008.

Kami meminta supaya hanya isikeluarga miskin yang berpendapatan kurang daripada RM1500 membuat permohonan. Keluarga yang berpendapat melebihi RM2000 tetapi mempunyai tanggungan anak bersekolah melebihi 4 orang juga boleh memohon.

Tempat-tempat dan tarikh:
1. 23hb Jun (Isnin), 8:30 malam – 10:00 malam di Pusat Perkhidmatan DAP Cawangan Sungai Way-Subang dan setiap hari Isnin.
2. 24hb Jun (Selasa) 8:30 malam – 10:malam di Dewan Orang Ramai Rumah Pangsa Kos Rendah Sri Aman.
3. 25hb Jun (Rabu) 8:30 malam – 10:00 malam di Dewan Sivik Petaling Jaya (Sempena sesi dialog bersama pengundi anjuran Nanyang Siang Pao)
4. Setiap hari Rabu di Pejabat ADUN Kampung Tunku No. 77, Jalan 20/9, Taman Paramount, 46300 Petaling Jaya.

Mana-mana keluarga yang ingin memohon bantuan sila membawa bersama-sama salinan kad pengenalan, slip gaji atau boring E LHDN dan surak beranak bagi kanak-kanak yang masih di bawah tanggungan ibubapa.

Sila hubungi pejabat ADUN Kampung Tunku atas talian 03-78754724 atau layari laman web www.lauwengsan.com untuk maklumat lanjutan.

No comments: