Tuesday, September 30, 2008

Borang baru Caruman Takaful Warga Emas (Mesra Usia Emas)

Borang baru telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan semua warga emas Selangor yang berhasrat memohon program ini perlu mengisi semula borang permohonan ini.

Oleh kerana borang ini masih belum diedarkan sepenuhnya kepada semua agensi Kerajaan Negeri Selangor dan wakil-wakil rakyat Selangor, maka orang ramai perlu bersabar sehingga cuti Hari Raya untuk mendapatkan borang ini daripada wakil-wakil rakyat dan agensi-agensi Kerajaan Negeri Selangor.

Borang yang mempunyai satu muka surat ini dalah berbeza dengan borang berwarna kuning yang dikeluarkan oleh kerajaan Selangor sebelum ini. Pemohon-pemohon pada kali ini perlu mengisi borang yang lebih terperinci ini kerana borang ini merupakan borang permohonan rasmi dan borang berwarna kuning sebelum ini merupakan borang maklumat asas sahaja.

Perlu diingatkan kepada semua ialah program Mesra Usia Emas ini hanya dibuka kepada warga emas negeri Selangor yang lahir di negeri Selangor atau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 dan perlu bermastautin di negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun.

Mereka yang telah mengisi borang kuning sebelum ini tetapi tidak memenuhi mana-mana satu syarat di atas adalah tidak berkelayakan untuk memohon program ini. Juga perlu diingatkan ialah bahawa warga Selangor tidak perlu berebut-rebut mengambil borang ini daripada wakil-wakil rakyat atau agensi-agensi Kerajaan Negeri Selangor kerana program ini tidak ada tempoh tamat dan dibuka sepanjang masa untuk semua yang berkelayakan.

Juga perlu dimaklumkan bahawa borang baru yang berwarna putih ini adalah diberi percuma kepada orang ramai. Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah mewakilkan sesiapapun untuk mengutip apa-apa bentuk bayaran daripada orang ramai untuk pemprosesan permohonan ini. Saya akan menampalkan borang ini di atas laman web saya di sini untuk memudahkan orang ramai memuat-turun borang permohonan ini.

3 comments:

Justin & Zoe said...

Where shall I pass up the form after completion?

Unknown said...

Selain daripada mendapat alamat untuk penyampaian borang.

Ada sebarang laman web untuk penyampaian borang tersebut?

Unknown said...

Why I didn't see the "Mesra Usia Emas" form for downloading?