Monday, September 29, 2008

Pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan bertulis Sesi DUN ke-3 2008

1. TAJUK: Budaya membaca
PORTFOLIO: Pendidikan
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Meminta satu senarai kajian kadar membaca di seluruh rakyat negeri Selangor serta program-program kerajaan negeri untuk memupuk budaya membaca?
b) Adakah kerajaan negeri bersedia membantu semua sekolah di negeri Selangor memupuk budaya ini selain mengadakan program besar-besaran?

2. TAJUK: Pencemaran alam sekitar
PORTFOLIO: Alam Sekitar
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Meminta satu senarai aduan yang diterima oleh kerajaan negeri terhadap kes pencemaran oleh kilang-kilang di Selangor dan apakah tindakan terkini yang telah dilakukan terhadap kilang-kilang ini dengan memberi butirannya,
b) Apakah tindakan terkini terhadap aduan pencemaran udara Kilang Batu Bata LDV (Kerling) Sdn. Bhd., Lot 242, Jalam Air Panas, Kampung Baru Kerling, 44100 Hulu Selangor memandangkan kilang ini masih beroperasi biarpun banyak aduan dibuat oleh penduduk-penduduk kampung.

3. TAJUK: Pentadbiran Pejabat Tanah dan Daerah
PORTFOLIO: Pembangunan tanah 
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Meminta satu senarai bilangan tenaga manusia yang berkhidmat di setiap pejabat tanah dan daerah mengikut pangkat dan pengalaman dalam pengurusan hal ehwal tanah bersertakan jumlah kutipan cukai tanah tahunan setiap pejabat daerah ini pada tahun 2007.

4. TAJUK: Hartanah milik kerajaan negeri Selangor
PORTFOLIO: Kewangan
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Meminta satu senarai hartanah dimiliki kerajaan negeri Selangor di negeri-negeri lain khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan memberi anggaran nilai semasa hartanah ini.
b) Meminta satu senarai hartanah yang pernah dimiliki kerajaan negeri di negeri-negeri lain tetapi dijualkan serta harga jualannya.

5. TAJUK: Draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2
PORTFOLIO: Kerajaan tempatan 
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Apakah perkembangan terbaru terhadap Draf Rancangan ini memandangkan proses bantahan awam telah dijalankan?
b) Adakah kerajaan negeri bercadang untuk membina satu hospital kerajaan di kawasan Petaling Jaya untuk memenuhi keperluan perubatan golongan miskin di Petaling Jaya di bawah RTPJ2?

6. TAJUK: Penswastaan tempat letak kereta PBT
PORTFOLIO: Kerajaan Tempatan
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Berapa banyak konsesi penswastaan tempat letak kereta ditandatangani di kesemua 12 pihak berkuasa tempatan di Selangor sehingga sekarang dan siapakah syarikat-syarikat ini?
b) Apakah pulangan yang bakal kerajaan dapat?
c) Adakah kerajaan bercadang membuka konsesi ini melalui tender terbuka?

7. TAJUK: Pelaburan Asing
PORTFOLIO: Pelaburan
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Berapa banyak pelaburan (asing dan domestik) yang berjaya ditarik oleh kerajaan negeri pada tahun ini dan meminta satu senarai pelaburan-pelaburan ini.
b) Apakah sasaran kerajaan negeri untuk tahun 2009 dan rancangan serta program kerajaan negeri untuk mencapai angka ini? 

8. TAJUK: Pembangunan sektor pelancongan
PORTFOLIO: Pelancongan
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Berapa banyak sumbangan sektor pelancongan kepada pendapatan kerajaan negeri pada tahun 2008?
b) Meminta satu pecahan sumbangan ini mengikut jenis-jenis pelancongan.
c) Meminta satu senarai destinasi-destinasi pelancongan di Selangor di mana potensinya masih belum berkembang penuh.

9. TAJUK: Program cegah rasuah
PORTFOLIO: Lain-lain
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Adakah program-program yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri untuk membanteras gejala rasuah?
b) Adakah kerajaan akan mengadakan program bersama dengan Akademi Pencegah Rasuah Malaysia (MACA) untuk melatih pegawai-pegawai tinggi dan wakil-wakil rakyat teknik untuk membanteras rasuah?

10. TAJUK: Pemutihan kilang haram
PORTFOLIO: Penyelesaian kilang haram
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Meminta satu senarai penuh taburan kilang-kilang haram di Daerah Petaling mengikut kawasan DUN dan industri.
b) Berapa banyak kilang-kilang haram ini telah mengemukakan permohonan untuk memutihkan operasi mereka dan apakah masalah-masalah yang dihadapi kerajaan dalam usaha pemutihan ini.

No comments: