Sunday, March 13, 2011

RM2 juta untuk bantu biayai kos penyelenggaraan rumah pangsa kos rendah seluruh Selangor

ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San meninjau keadaan sekitar lif Rumah Pangsa Kos Rendah Taman Sri Aman bersama-sama dengan pengerusi JMB, Encik Ahmad Pauzi bin Mat Said.


Gambar menunjukkan keadaan dalaman lif yang lebih bersih dan ceria selepas pemasangan CCTV hasil daripada peruntukan oleh ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

Panel lif ketiga yang dicuri dan menyebabkan lif ini tidak dapat berfungsi seperti biasa.

Encik Ahmad Pauzi menunjuk kepada salah sebuah motor yang masih dapat berjalan dengan lancar.


Saya telah melawat ke Rumah Pangsa Kos Rendah Taman Sri Aman tiga hari yang lalu dan saya telah memaklumkan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) rumah pangsa kos rendah berkenaan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM2 juta untuk membantu membiayai 50% kos penyelenggaraan rumah pangsa di seluruh Selangor.

Kos 50% yang selebihnya akan dibiayai oleh penduduk sendiri yakni melalui kutipan kos penyelenggaraan yang dibayar setiap bulan kepada MC atau JMB. Di kawasan DUN Kampung Tunku, hanya terdapat satu blok rumah pangsa kos rendah iaitu rumah pangsa Taman Sri Aman yang menempatkan kira-kira

Pengerusi JMB Taman Sri Aman, Encik Ahmad Pauzi Mat Said, turut menunjuk kepada saya kerosakan lif ke tiga yang masih tidak dapat berfungsi sejak tiga tahun yang lalu.

Sebagai ADUN Kampung Tunku, saya telah memperuntukkan wang lebih daripada RM30,000 setahun untuk menjalankan pelbagai program mesra rakyat dan dalam bentuk sumbangan kemasyarakatan untuk merapatkan hubungan sesama penduduk Taman Sri Aman.

Saya turut memperuntukkan RM10,000 pada tahun yang lalu khusus kepada JMB Taman Sri Aman untuk memperbaiki kerosakan-kerosakan lif pertama dan kedua di rumah pangsa kos rendah berkenaan.

Peruntukan ini sedikit sebanyak telah membantu mengurangkan kerosakan pada dua lif itu dan ianya kelihatan lebih ceria dan cantik semasa saya melawat ke rumah pangsa kos rendah berkenaan tiga hari yang lalu.

Kalau pada dahulunya dinding lif diconteng dengan tulisan dan gambar yang tidak senonoh, maka dinding sekarang telah bertambah bersih. Kalau lampu, kipas dan panel lif sentiasa rosak dahulu, maka sekarangnya ianya sudah dapat berfungsi seperti biasa. JMB telah menggunakan wang ini untuk memasang CCTV dalam lif dan ini telah kegiatan vandalisme telah menurun dengan begitu mendadak sekali.

Lawatan saya ke bilik mekanikal rumah pangsa berkenaan mendapati panel motor yang mengawal pergerakan lif yang ketiga telah dicuri dan ini merupakan sebab utama lif berkenaan tidak dapat berjalan dengan baik. Malahan wayar bumi yang melindungi ketiga-tiga lilf ini juga telah dicuri. Kami tidak menolak kemungkinan bahawa ini dilakukan oleh kontraktor-kontraktor yang tidak bertanggungjawab sebelum ini.

Rumah pangsa kos rendah Taman Sri Aman juga pernah dilanda masalah kebocoran sehingga air paip dan air hujam meresap ke dalam dinding dan ada yang menyebabkan kebakaran akibat litar pintas. Pemaju sedang memperbaiki segala kerosakan yang terjadi walaupun tempoh ganti rugi telah tamat beberapa tahun yang lalu.

Saya menyeru kepada semua penduduk Taman Sri Aman agar menjaga harta-harta awam di sekitar rumah pangsa ini. Saya juga menyeru mereka yang masih tertunggak bayaran mereka supaya segera menjelaskan tunggakan mereka agar JMB akan mempunyai dana yang mencukupi bagi membiayai kos penyelenggaraan untuk seluruh bangunan rumah pangsa kos rendah ini.

Lau Weng San

Gambar:
10529 - 10535 - 10543 - 10528 -

No comments: