Monday, March 07, 2011

Kerajaan Selangor Bantu Usahawan Melayu

Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat akan terus membantu usahawan Melayu yang berkecimpung dalam pelbagai bidang perniagaan.Menurut EXCO yang bertanggung jawab, Y.B Dr Yaakob Sapari berkata, Kerajaan Negeri sangat komited dalam memastikan usahawan-usahawan bumiputera untuk terus berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi.

Tambahnya lagi, sepanjang 3 tahun Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, sejumlah RM 3 Juta peruntukan telah disalurkan kepada usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) di bawah Dana Industri Kecil. Dana tersebut diwujudkan bagi membantu usahawan membeli peralatan atau mesin bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran mereka. Dana ini diberikan kepada meraka yang layak dan telah memulakan perniagaan sekurang-kurangnya 2 tahun.

Hasil daripada dasar ini, hampir 350 orang usahawan telah berjaya mengembangkan perniagaan dan meningkatkan hasil jualan mereka. Beliau juga berkata, usaha ini sangat berkesan apabila kerajaan memberi bantuan terus kepada golongan usahawan sasar di mana konsep yang ditekankan adalah “own operator”.Menurut beliau lagi, konsep ini bertujuaan bagi memastikan usahawan yang dilahirkan mampu berdaya saing dalam pasaran semasa.

Ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat adalah sebuah kerajaan yang prihatin dan telus dalam membantu usahawan bumiputera. Pada masa yang sama juga, Kerajaan Negeri turut membantu golongan usahawan daripada kaum Cina dan India tanpa ada sikap prejudis terhadap mana-mana kaum.

Selain itu juga, Kerajaan Negeri turut menyediakan kursus-kursus keusahawanan supaya usahawan tersebut dilengkapi dengan ilmu pengetahuan perniagaan seperti pengurusan kewangan syarikat,strategi pemasaran, dan lain-lain.

Mengulas kenyataan Tun Dr. Mahathir tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB) perlu diteruskan bagi membantu usahawan Melayu, Y.B Dr. Yaakob berkata, dasar yang diperkenalkan oleh Barisan Nasional (BN) adalah satu dasar yang pincang.

Y.B Yaakob yang juga ADUN Kota Anggerik berhujah, DEB yang dilaksanakan oleh BN hanya membantu ahli UMNO dan kroni-kroni mereka. Natijahnya, apabila usahawan-usahawan yang tidak layak ini diberi bantuan,maka lahirlah usahawan Ali Baba yang hanya mengaut keuntungan atas angin sahaja.

Pejabat Y.B Dr. Hj Yaakob Sapari
EXCO Kerajaan Negeri Selangor

No comments: