Thursday, July 13, 2017

Aduan terhadap Dato Mohammad Razin bin Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia



12 Julai 2017

Dato' Sri Zainal Rahim bin Seman,
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Blok C1-C3, Kompleks C, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 W.P Putrajaya, Malaysia.
Tel: 03-88853011, Emel: zainalrahim@jpa.gov.my Tanpa Prejudis

Yang Berbahagia Dato' Sri,

Aduan terhadap Dato Mohammad Razin bin Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan memohon pihak Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menjalankan prosiding disiplin dan tatatertib terhadap Dato’ Mohammad Razin bin Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) Malaysia kerana gagal mematuhi Piagam Pelanggan RoS dalam isu pemilihan Parti Tindakan Demokratik (DAP Malaysia)

2. Menurut lampiran kepada surat ini, iaitu Piagam Pelanggan yang dicetak daripada laman web rasmi RoS, telah dimaktub bahawa tempoh diperlukan untuk “menyiasat dan membuat keputusan terhadap aduan pertubuhan (tidak termasuk bagi kes pendakwaan)” adalah maksimum 179 hari.


3. Dalam kes yang melibatkan pemilihan parti DAP ini, pihak RoS telah pada 11 November 2013 memaklumkan DAP bahawa RoS tidak mengiktiraf pemilihan semula parti DAP pada 29 September 2013. Selepas lebih empat tahun atau 1,338 hari, RoS masih belum memaklumkan secara rasmi kepada DAP tentang keputusan dan hasil siasatan RoS yang terkini. Apa yang berlaku lima hari yang lalu hanyalah sebuah kenyataan media yang bukan cara rasmi untuk menyampaikan keputusan dan hasil siasatan RoS kepada DAP.

4. Pihak kami mempercayai bahawa ini ialah satu kelalaian kerja yang serious di mana pihak JPA perlu mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Lau Weng San
ADUN Kampung Tunku

No comments: